Zarina Zainuddin Beritahu Dia Dianiaya Sebelum Pihak Berkuasa Serbu Rumahnya

“ Individu itu sebenarnya telah call saya dan tanya mengenai produk itu. Saya cakap, saya kena tengok dulu kulit dia baru boleh saya cadang apa produk yang sesuai utk nya. Dia pun telah bersetuju untuk datang kejap lagi. Bila dia berjumpa dengan saya dan tengok kulitnya elok saja tak ada pun sebarang jeragat atau kulit yang kusam. Saya telah menyarankan nya whitening cleansing gel, whitening toner dan moisturiser. Tetapi dia cakap dia mahu yang cerah, dia tak nak yang ini, dia sempat tanya set percubaan ada tak? sebab dia ada RM75 sahaja.”

Perlakon Zarina Zainuddin telah mendedahkan dia didatangi seseorang tidak dikenali yang meminta bantuannya dlm menyelesaikan masalah kulitnya pada 9 Januari lalu. Dia diperdaya oleh individu berkenaan sehingga mengakibatkan kediamannya telah didatangi oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia isu berkaitan produk produk kosmetik miliknya yang belum didaftarkan lagi.

Zarina Zainuddin telah didenda sebanyak RM17,500 oleh Mahkamah, Selpas dia mengaku salah keatas pertuduhan memiliki dan menjual kosmetik tidak bernotifikasi kan pada Januari yang lalu.

“ Saya sempat cakap, adik produk nie untuk orang yang berkulit yang kusam, yang ada jeragat, sebenarnya kulit dia tak perlu pun pakai produk itu. Tapi dia tetap mahu kan 3 in 1 tu juga sebab kawan dia pakai cantik dah kulitnya. Saya syiorkan dia ambil toner dan moisturiser sekali tapi dia cakap nanti lain kali dia datang sebab dia nak yang nie dulu,” katanya menerusi laman media sosial Instagram pada Rabu.

Pada masa yang sama, pelakon itu berkata, dia amat terkejut pabila didatangi sekumpulan pihak berkuasa yang bertindak membuat serbuan ketas rumahnya.

“ Selepas tiga minit, dengan satu team datang dan mengenalkan team mereka dari Kementerian Kesihatan baru sebentar tadi puan ada menjual satu set produk tanpa notifikasi “pendaftaran”. Jadi kami nak buat pemeriksaan sekarang. Tercengang saya “Ya Allah awak ni aniaya saya betul”, awak yang beria yg nak beli, lepas tu awak kenakan saya. Saya mati-mati ingat awak ni orang baik-baik. Jahatnya awak berlakon macam tu” katanya.

Dia (Zarina) akui tlah termakan rayuan individu berkenaan yang mendesak untuk membeli produk tersebut biarpun sudah lama tidak menjalankan perniagaan itu.

Tambahnya lagi, dia berehat seketika brikutan produk yang diusahakan selama 20 tahun itu bedepan beberapa masalah dan tepaksa didaftarkan semula kepada Kementerian Kesihatan.

“ Saya sebenarnya dah tak berniaga Addura ni sebab cuma planggan tetap sahaja saya jual tapi sebab cara awak tu meyakinkan, saya terpedaya dan awak pun datang rumah saya, bukannya saya ada kedai jual besar-besaran.

“ Produk saya ini sedang dlm proses pendaftaran sebab produk itu suplier yang daftarkan, bukannya saya guna produk timbang kilo. Baik sikit cakap tu… saya baca komen sesuka hati saja orang hentam tak tahu apa-apa main cakap sahaja. Produk saya itu baru tukar pembekal jadi kena daftar balik. Bukannya racun. Saya dah 20 tahun jual produk Addura, tak pernah pelanggan buat aduan. Sabar sajalah, susah-susah cari duit,” jelasnya lagi.

Pada Rabu lalu, pelakon Zarina selaku orang kena saman “OKS” membuat pengakuan bersalah itu selepas enam pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Majistret M Bharat.

Bagi pertuduhan yang pertama, Zarina, sebagai pengarah Syarikat Addura Marketing Sdn Bhd didakwa telah menjual satu set kosmetik yang mengandungi sekotak Addura Black Soap, satu bekas Addura Day Cream (tujuh gram), satu bekas Addura Night Cream (tujuh mililiter ). Bagi pertuduhan kedua, ibu kepada empat anak itu didakwa memiliki tiga set sama.

Sementara itu, Zarina semasa keluar dari kamar mahkamah dilihat telah menepis telefon bimbit milik seorang wartawan berada disitu yang sedang merakam gambarnya sehingga terjatuh.

Dia yang kelihatan marah beredar bersama seorang lelaki dan dilihat membayar denda yang dikenakan terhadapnya.

Di Malaysia, semua produk farmaseutikal termasuk suplemen kesihatan dan ubat-ubatan tradisional perlu berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah ‘PBKD’ sebelum ianya dipasarkan di negara ini. Penilaian terhadap produk perlu dijalankan bagi memastikan kualiti, dan keselamatan produk farmaseutikal serta ubat ubatan traditional terjamin untuk digunakan oleh masyarakat Malaysia.

Sumber: Monyethijau

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*