Zarina Anjoulie Buat Hal Lagi, Kali Ni Masak Kicap Ifa Raziah Kena

Kita sedia maklum dah dengan perangai pelakon yang kini lebih banyak bertumpu pada dunia perniagaannya, Zarina Anjoulie Lavocah ni. Dari dulu lagi, dia memang jenis manusia yang cakap tak bertapis. Mungkin ada setengah orang andaikan dia mulut laser. Tapi pada admin, dia cuma menjadi seorang manusia yang jujur dan biasanya bila jujur ni, cakap pun ala-ala siapa yang makan cili akan terasa lah kan.

Admin dengar ramai yang mengadu pasal Zarina yang sekarang galak buat video ala-ala membebel di Instagram. Kebanyakan video ringkas tu menyaksikan Zarina bercakap dan berkongsi mengenai pelbagai isu terutamanya berkenaan kualiti lelaki diluar sana. Sepertinya dia banyak membebel lelaki yang tak bertanggungjawab. Eh, sindir bekas suami ke tu?

Admin faham, dia mungkin masih terkesan dengan perpisahan yang berlaku antaranya dengan bekas suami. Kita mungkin boleh mengata macam-macam, tapi hanya dia sahaja yang tahu apa sebenarnya yang berlaku terhadap perkahwinan terdahulu. Mungkin juga boleh beri pengajaran kepada wanita lain. Tapi biarlah cara yang lebih lembut dan bersopan.

Ada yang pesan, kalau nak kutuk lelaki A, bantai sahaja yang itu. Jangan dikaitkan dengan lelaki lain. Tak semua lelaki buruk perangai dan rasanya masih ramai lagi yang budiman dan baik pekerti macam Admin. Eh….

Dengar khabarnya lagi, Zarina betul ke dia sudah berjumpa dengan pengganti? Ada yang menyampaikan cerita yang mengatakan dia sekarang berkasih dengan seorang lelaki dari negara Brunei juga. Lelaki tersebut juga datang daripada golongan kenamaan yang berketurunan. Amboi bertuah badan. Patah tumbuh hilang berganti ibaratnya.

Cuma sejauh mana hubungan mereka tak pula diketahui. Tapi kalau dah jumpa yang betul-betul berkenaan tu, jangan tunggu lama-lama sangat, nanti dikebas orang.

Namun apa yang berlaku baru-baru ini, membuktikan sebaliknya pulak. Tak taulah kalau menerusi video yang tular di dalam media sosial sekarang ni menunjukkan beliau dah solo kembali.

Sape jantan tuh?

Posted by ApeAjer on Monday, 31 December 2018

Menerusi video yang dimuat naik ke laman insta Zarina, beliau ada mengomel panjang berkenaan dengan kualiti lelaki yang baru ditemuinya. Mengatakan bahawa beliau boleh meninggal kerana melihat perilaku lelaki tersebut yang terlalu sweet, Zarina juga memberitahu bahawa setakat ini dia tidak pernah percaya bahawa lelaki seperti ini masih wujud dimuka bumi.

Tapi hold dulu.. Tadi muncul lagi satu video kontroversi yang admin jumpa di insta Ifa Raziah. Video berkenaan Zarina yang tengah mengamuk sakan memaki hamun teman lelakinya yang dikatakan batak untuk berkawan dengan golongan artis.

Yang menjengkelkan lagi menurut Zarina, teman lelakinya itu pernah nak balik hotel dengan Ifa Raziah. Whattt?

Masalahnya kenapa video maki hamun ni dimuat naik oleh Ifa Raziah?

Kenapa gaya berbahasa Ifa Raziah ala-ala ostajah? Dah insaf ke? Ke takut?

Tapi persoalan yang paling utama adalah betul ke pertuduhan Zarina tu?

Harap-harap semua ni gimik je. Mana mungkin opposition yang upload tuduhan kan?

Propa je kot..

Jom layan video tu dengan captionnya sekali :

Yang ni ape kes jerrr?

Posted by ApeAjer on Monday, 31 December 2018

Baru jer masuk tahun baru 2019 Ifa dah kena FITNAH dgn Zarina Anjoulie!!! Kata Ifa scandal dgn boyfriend dia…nak ajak MASUK HOTEL la bagai!!! Ya ALLAH…Apa ni??? Ujian apa pulak yg datang pada Ifa ni??? Ifa BERSUMPAH DENGAN NAMA ALLAH tak pernah kenal dgn exboyfriend Zarina ni. Dan Ifa tak pernah kenal pun dgn si Zarina ni, tau la dia siapa, tapi tak kenal. Dia ada sebut nama ex boyfriend dia Hakim…mcm mana muka si Hakim ni pun Ifa tak tahu! Siapa2 yg kenal Hakim ni tolong sampaikan pada dia & Zarina…Sila kemukakan bukti…apa buktinya yang Ifa kenal si Hakim ni sampai ajak masuk bilik hotel. Ifa ada keluarga, ada Suami, ada anak2…apa perasaan dia org bila tgk video ni? Ifa tak pernah kacau siapa2 pun, kenapa orang buat mcm ni kat Ifa? Ifa tak ada scandal dgn siapa2 baik bujang atau suami org!!! Ifa kat London ni pun dgn suami & anak2. Ifa mmg sedih dgn apa yang berlaku skrg…kenapa Ifa selalu di fitnah, kenapa org selalu tuduh Ifa yg bukan2??? Ya Allah…Kau berilah kekuatan kepada aku dan keluarga ku utk menghadapi dugaan kali ini…Amin.

Layan pulak komen-komen pengikut laman insta Ifa Raziah :

LubokViral

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *