Yusuf Iskandar bakal dapat adik, Hanis Zalikha hamil lagi

Hairul dan keluarga kini berada di Tokyo, Jepun. Foto Instagram @hairulazreen

(Ubah saiz teks)
PELAKON filem Paskal, Hairul Azreen mengumumkan dia dan isteri, Hanis Zalikha bakal menimang cahaya mata kedua.Hairul atau nama sebenarnya Hairul Azreen Idris, 30, berkongsi khabar gembira itu menerusi laman Instagramnya pada Khamis.

“Alhamdulillah… Insya-Allah, Yusuf Iskandar bakal dapat adik! Rezeki milik Allah. Terima Kasih Allah,” tulisnya.

Bagaimanapun, usaha mStar Online untuk mendapatkan pengesahan dan maklumat lanjut tidak berjaya kerana pasangan itu kini berada di Tokyo, Jepun.

Hairul kongsi berita gembira di Instagram.

Sementara itu, ruang komen di foto tersebut dipenuhi dengan ucapan tahniah daripada peminat dan rakan artis.

Antara artis yang turut teruja dengan berita gembira itu ialah Janna Nick, Gambit Saifullah, Nad Zainal, Mira Filzah, Uqasha Senrose dan Siti Elizad.

Malah, ada segelintir peminat yang menganggap pasangan itu mendapat rezeki berganda selepas kejayaan filem Paskal.

Filem tersebut berjaya mengutip RM26.1 juta selepas 28 hari tayangan dan masih ditayangkan di pawagam.

Hairul berkahwin dengan aktres Hanis Zalikha pada 5 Jun 2015 di Bukit Jelutong, Selangor dan dikurniakan cahaya mata bernama Yusof Iskandar pada 3 Jun 2016.

Tags / Kata Kunci: Hairul Azreen , Hanis Zalikha
Sumber: Mstar

One Comment on “Yusuf Iskandar bakal dapat adik, Hanis Zalikha hamil lagi”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *