Watak Ustaz Madi nie memang jaahat gile langsung tak boleh bawak bincang.

Siapa yang tak kenal dengan pelakon Azhan Rani? Beliau boleh berlakon dan membawa apa apa watak dengan baik sekali. Tapi yang penting beliau bukan anak kepada Ayah Rani Kulup ye… hihihi

Beliau mula berlakon sejak tahun 2004 lagi, lebih dari 100 drama telah beliau lakonankan. Selain itu Azhan Rani juga turut bergiat dalam bidang teater. Patutlah lakonannya menjiwai watak.

Pernah juga ada rakan rakan meminta Azha Rani berhenti berlakon dan menjalankan kerja kerja belakang tabir seperti penulis skrip atau pun pengarah bagi memberi peluang kepada muka muka baru. Namun jika untuk berlakon masih kuat dalam diri Azhan Rani.

Terbaru beliau dinobat sabagai pelakon pembantu lelaki terbaik menerusi drama Nur.

Di dalam drama Nur watak Azhan Rani sebagai ustaz Hamidi memang sungguh berkesan dan menjadi satu tarikkan bagi peminat untuk menonton drama Nur. Mahu taknya watak antagonis yang dibawa oleh Azhan Rani memang cukup cukup jahatlah orang cakap.

Azhan Rani mengakui mempertimbangkan semula watak Ustaz Syed Hamadi selepas menolak tawaran itu untuk sekual drama Nur 2 yang sedang ditayangkan nie.

Azhan Rani berkata dia ada sebab menolak tawaran terbabit pada mulanya kerana kurang selesa dan enggan terlalu terikat.

Nasiblah dia terima juga kalau tidak tak seronoklah cerita Nur 2 kalau watak Ustaz Hamidi takde kan. Watak Ustaz Madi yang membuat cerita Nur dan Nur 2 menarik. Siapa setuju angkat tangan?

Pengaruh cerita Nur dan Nur 2 nie memang kuat sampaikan drama semalam Restu Ayah yang dilakonkan oleh Azhan Rani sebagai ayah masih dilihat sebagai ustaz madi. Hebat penanggan Nur dan Nur 2 nie.

Pengaruh Nur terlampau kuat sampaikan penonton bayangankan itu balasan kepada perkara jaahat yang dibuat oleh ustaz Madi dalam drama Nur.

Dalam cerita Restu Ayah nie Atiq melakonkan watak anak yang ada perasaan deendam kepada ayahnya disebabkan kehilangan ibu tercinta disebabkan terlibat dalam keemalangan jalan raya. Watak atiq memang menjadi siap ada yang komen nie anak didik ustaz madi ke? Tengoklah dengan siapa dia berlakon kan.

Lakonannya memang buat orang hanggin le. Ada yang komen ajak jumpa kat parking tue, sebab buat ayah dia macam tue. Memang menjadilah watak kau atiq.

Walaupun dalam restu ayah nie Azhan Rani melakonkan watak ayah yang baik, namun disebabkan watak ustaz madi punye jaahat langsung tak boleh bawak bincang tak pasal pasal tengok drama nie pun teringat dan terbayang ustaz madi dalam nur 2.

Ada juga yang tak sabar nak tunggu gelagat abang Azhan Rani  dalam drama Nur 2.

Para suami yang jarang tengok drama pun malam nie bile tonton je drama Restu Ayah nie terus terlekat depan tv dan cakap Azhan Rani memang pandai menjiwai watak.  Orang yang menjiwai watak memang susah nak jumpa sekarang nie.

Ada yang komen lakonan yang sangat mahal. Tak rugi ambil Azhan Rani nie berlakon memang menjadi.

Anak anak yang tonton drama nie rata rata seedih dan menanggis bile tonton watak ayah dalam restu ayah tetapi meluat bile tonton watak ustaz madi dalam nur.

Sekarang nie bile tengok je drama tak kira channel berapa tv1, tv3 mahu pun astro mesti ada muka Azhan Rani. Makin porpular dan glemer lah Azhan Rani sekarang. Moga lepas nie lakonannya makin baik dan dirasai.

Watak dia nie menjadi je

Posted by ceritakaki5.com on Saturday, April 13, 2019

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *