Warganet Menasihatkan Ibu Puteri Balqis Untuk Ukur Baju Di Badan Sendiri

Penerbit puisi 38 Poems of Puteri Balqis dikenali sebagai Aini Marhana atau dikenali sebagai Hanna Lola amat kesal apabila terdapat segelintir pihak diluar sana yang ada mempertikaikan niatnya membantu pelakon Puteri Balqis yang berdepan dengan kesukaran hidup.

Aini memberitahu, dia ada menerima banyak mesej daripada individu yang marah dan turut mempersoalkan mengapa dia membiarkan Puteri Balqis atau Aqish pergi menjual sendiri buku puisi itu secara langsung di luar sana.

” Niat saya sememangnya mahu membantu Aqish supaya mereka boleh menampung kehidupannya kelak. Malangnya buku puisi itu yang dijual secara dalam talian tiada mendapat sambutan sehingga Aqish dan ibunya sendiri berusaha untuk jual secara langsung.”

” Namun selepas kisah hidupnya mereka telah tular, ramai pula yang mesej saya dan marah-marah sebab benarkan Aqish yang tidak sihat itu keluar sendiri untuk menjual buku. Hakikatnya sebenar mereka tidak tahu. Saya keluarkan modal sendiri untuk terbitkan 1,000 nakshah pertama dan keuntungan saya menyerahkan sepenuhnya kepada mereka berdua.

” Sekiranya mereka diluar sana tidak dapat membantu daripada segi kewangan dengan membeli buku, sekurang-kurangnya berilah moral support” ujarnya kepada pemebrita mStar.

Aini walaubagaimanapun mengucap terima kasih kepada pihak yang telah membeli dan membuat sumbangan kepada adik Aqish itu.

Jelasnya lagi, buku puisi itu sudahpun dijual sebanyak 500 naskhah bagi keluaran pertama.

Dalam pada itu juga Aini ada menyifatkan Puteri Balqis, 13 sebagai seorang remaja yang tabah dan matang dalam menempuhi ujian hidupnya.

Tambahnya, dia mengenali remaja itu dan ibunya Norashikin Mohd Aziz ketika bersama berniaga di bazar Uptown kira-kira 10 tahun yang lalu.

” Saya memang kenal rapat dengan Aqish dan ibunya sejak hampir 10 tahun lalu, sampai ada yang menyangka saya adalah ibu kepada Aqish dan meminta keizinan untuk bergambar,” ujarnya.

Dilihat, menerusi ruangan komen di media sosial di instagram, ada segelintir warganet tidak puashati dengan ibu Aqish umpama tidak berpijak dibumi yang nyata.

Ukur baju di badan sendiri

Semoga maknya lembut hati untuk pergi cari kerja yang terjamin

Pada Ahad yang lalu, kisah atas kesempitan hidup Puteri Balqis telah mendapat perhatian ramai masyarakat Malaysia selepas disiarkan menerusi rancangan Bersamamu di TV3.

Menerusi program itu, Puteri Balqis yang mengalami masalah kesihatan terpaksa menjual buku puisinya di sekitar Kuala Lumpur bagi menampung kehidupan.

Moga Puteri Balqis cepat sembuh dan segala urusan dipermudahkan. Aamiin

Dah baca Jangan Lupa Sharekan Yer Sekian Terima Kasih!!

Sumber: rimbabara

PERHATIAN: Pihak admin “lubokviral” tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang telah ditinggalkan oleh pembaca kami. Pastikan anda berfikir panjang dan waras terlebih dahulu sebelum menulis/ meninggalkan komen komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk pantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri. Sekian Selamat Membaca!!Dah baca Jangan Lupa Sharekan Yer Sekian Terima Kasih!!

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*