Wany Hasrita terkejut mahu dilamar Jamal Abdillah

Wany tak sangka Jamal Abdillah mahu berduet dengannya. Foto: AZLINA ABDULLAH.

PENYANYI Wany Hasrita terkejut apabila penyanyi terkenal Datuk Jamal Abdillah meluahkan hasrat untuk bekerjasama dengannya.

Wany atau nama sebenarnya Nurshazwany Hasrita Hasbullah, 26, berkata dia sememangnya sudah lama berharap dapat berduet dengan penyanyi itu.

“Saya terkejut juga bila tengok video Datuk Jamal kata dia nak bekerjsama dengan saya. Sebab dia penyanyi legend, saya sedar kedudukan saya di mana.

“Tapi tak sangka dia mahu berduet dengan saya. Dari dulu lagi, kalau orang tanya siapa penyanyi yang saya teringin berduet, saya mesti kata Datuk Jamal.

 


Wany sudah lama mengimpikan untuk berduet dengan Jamal Abdillah.

“Dari awal pembabitan saya dalam industri muzik ini, memang saya berharap sangat dapat bekerjasama dengannya,” katanya kepada mStar Online.

Wany ditemui ketika sesi fotografi khas bersama mStar Online di Menara Star, Petaling Jaya, pada Rabu.

Menerusi video temubual bersama sebuah portal hiburan, penyanyi lagu Seroja ini meluahkan hasrat untuk ‘melamar’ Wany sebagai pasangan duetnya dalam sebuah lagu kelak.

Dalam pada itu, Wany memberitahu kerjasama itu mungkin bukan dalam masa terdekat memandangkan belum ada lagi perbincangan antara dua pihak.

Wany Hasrita.

Namun, penyanyi lagu Menahan Rindu ini mahu membuat persiapan dan memperbaiki kelemahan dalam nyanyiannya terlebih dahulu.

“Saya tidak rasa kerjasama itu akan ada dalam masa terdekat. Mungkin tahun depan atau tahun seterusnya.

“Sebab belum ada perbincangan apa-apa antara pihak saya dan pihak dia. Tapi apa-apa pun, saya perlu buat persiapan dan perbaiki kelemahan dalam nyanyian.

“Saya perlu ada peningkatan sebelum kerjasama dengan dia. Sekarang ini, saya ada juga masuk kelas vokal dan ada perancangan untuk masuk kelas persembahan juga,” ujarnya.

Tags / Kata Kunci: Wany Hasrita , Datuk Jamal Abdillah

Sumber: Mstar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *