Walaupun Tidak Semua A Sharifah Shahirah Masih Bangga Kongsi Keputusan

Pada hari ini,  para pelajar yang telah menduduki Ujian Pencapaian Sekolah Rendah 2019 kinii sudah boleh mengambil keputusan peperiksaan di sekolah masing-masing.

Ianya  sudah pasti  akan menjadi detik paling bersejarah buat para pelajar dan sekaligus buat kepada kedua ibu bapa itu sendiri. Telah menjadi trend terkini, kebiasaannya anak-anak yang mempunyai result yang cemerlang, seseorang ibu bapa itu berasa bangga dan mereka akan mempamerkan keputusan anak-anak di laman sosial.

Mana taknya, Ibu bapa mana yang tidak akan berasa bangga setelah mereka telah membesarkan anak-anak,  lalu dihadiahkan dengan keputusan cemerlang oleh anak anak. Namun bagi pelajar yang mendapat keputusan yang kurang memberangsangkan, ia bukanlah satu titik akhir. Anda masih lagi berpeluang meneruskan usaha di masa akan datang.

Baru tadi, pelakon Sharifah Shahirah juga turut mempunyai anak, Airra yang mengambil keputusan UPSR hari ini. Beliau turut sama meletakan di media sosial dengan keputusan anaknya di IG. menurut beliau walaupun itu keputusan anaknya tidak begitu cemerlang, tidak salah untuk beliau kongsikan keputusan buat anaknya itu.

Dilihat Anaknya masih tetap berjaya mendapat keputusan cemerlang A untuk kedua-dua kertas ujian Bahasa Inggeris.

Dengan itu, rata-rata peminat memuji tindakan beliau yang tetap menghargai keputusan yang diperoleh anaknya.

Tahniah diucapkan buat Airra dan Sharifah Shahirah. Moga Kalian terus maju di masa hadapan.

Apa Pendapat Anda, Jika Dah Baca, Jangan Laa Lupa Komen Dan Share Yer. Terima Kasih!!

Sumber: Meh Baca /vanilla.kini

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang ditinggalkan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk pantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*