Wajah comel anak abam bocey sekitar majlis aqiqah

Pelawak popular tanah air, Abam Bocey telah berkongsi foto anaknya semasa majlis aqiqah yang telah diadakan semalam.

Menerusi muatnaik di laman Instagram, Abam berkongsi rasa syukur setelah selesai majlis untuk anaknya itu.

Abam juga mengucapkan terima kasih kepada semua jemputan yang hadir memeriahkan majlis tersebut.

“Alhamdulillah selesai majlis aqiqah anak sy hari ni… Terima kasih kepada semua yg sudi memeriahkan majlis aqiqah anakanda sy…”

Rata-rata peminat sanagt geram dengan kecomelan anak Abam yang diberi nama Syed Uthman Hamzah.

abam_bocik

Terima kasih ustaz…. Love u… Sudi dtg melawat anak sulung sy SYED UTHMAN HAMZAH…. Alhamdulillah…. @syednorhisyam
#pendosa #pendosadunia #misimengecil #gemokisawesome #keciluntukibadah #taksukabolehjalan #jangansibukhalorang #kitabaikramaisayang #boceyMLM2018 #gshock

Malah, rakan-rakan artis juga tidak melepaskan peluang meninggalkan komen pada gambar tersebut.

Sebelum ini isteri Abam telah selamat melahirkan bayi lelaki di Hospital Selayang pada 14 Jun lepas.

Abam berkongsi rasa syukur berita gembira itu menerusi lanam Instagram miliknya.

Menerusi paparan komen dari warganet, ramai yang memberikan ucapan serta mendoakan abam serta keluarganya.

Walaubagaimanapun, beberapa hari selepas itu, Abam menzahirkan rasa kesal apabila terdapat netizen yang mempertikaikan anaknya itu.

Seorang netizen telah meminta Abam menjalankan ujian DNA seolah-olah anak itu bukan dari benih Abam.

Bengang dengan komen tersebut, Abam telah mencari pemilik akaun tersebut dan khabarnya mereka telah dipertemukan dan masalah itu telah diselesaikan.

Tahniah sekali lagi buat Abam dan isteri. Semoga keluarga kalian bahagia hingga ke akhir hayat.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih .Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @lubokviral untuk dapatkan lebih banyak cerita menarik dari kami.

Sumber: mediahiburan

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*