Video Ular Tedung Halang Lalu Lintas, Motor Kuning Itu Hampir Terlanggar Dan Lihat Apa Terjadi

Baru-baru ini tular satu video seekor ular tedung dilihat menghalang laluan motorsikal di sebuah lebuh raya. Aksi ular tersebut berjaya dirakam oleh penungang motor. Tindakan agresif ular tersebut yang dilhat bersedia untuk mematuk sesiapa sahaja yang mendekati.

Melalui sedutan rakaman tersebut, tiba-tiba muncul sebuah motor kuning yang hampir-hampir melanggar ular itu. Walaupun cuba dihalang oleh penungang lain, motor kuning dilihat tekad cuba melanggar ular tersebut, tapi melihat ular tersebut makin agresif, dia terus memberhentikan motorsikalnya dan berundur ke belakang

Ular tersebut dipercayai dari spesis tedung selar sememangnya sangat terkenal sebagai sangat berbisa dan boleh membawa maut. Dikatakan racun melalui patukannya mampu menumbangkan seekor gajah atau 20-30 orang manusia,

Video yang dikongsi di Facebook itu turut mendapa perhatian netizen yang menasihati penunggang motorsikal berhati-hati dan tidak mengganggu ular tersebut.

Di bawah adalah komen netizen

” Kesian aku tgk ular tu.. Habissss habitat kne ceroboh merata lari.. Selagi xmembahayakn org xsalah kalo biarkn dia hidup.. Hurmmmmm..”
” Kisah disebalik Ular Sawa ‘Anakonda Sarawak’ yang ditangkap didedahkan..”
” Baca ayat utk mengusir ular ,salamunkaulamirrabirahim diulang2 sehingga ular tu lari..”
” sian dia. dia nak lintas jalan je. hm. jalan jammed pula..”
” Klu mcmtu xperlu teruskn pjlnan sbb kdg ada musibah..”
” kalo cari kayu panjang boleh ubahkannya ke tepi longkang tu..”

Sila skrol ke bawah untuk lihat video dihujung artikel

Sementara di bawah pula adalah kisah disebalik ula sawa yang ditangkap di Sarawak baru-baru ini. Mendapat jolokan ‘Anaconda Sarawak’, reptilia itu, dengan berat melebihi 100 kilogram, ditemui pada 4.45 petang oleh pemburu selepas curiga dengan bunyi bising berkenaan.

Tinsung Ujang, 60, memberitahu dia tertarik dengan bunyi bising itu,  kemudian menjenguk ke dalam lubang kayu terbabit dan terkejutnya melihat ular sawa gergasi berkenaan sedang mengawan dengan ular sawa jantan yang lebih kecil darinya.

“ Kemudian saya berasa amat terkejut kerana tidak pernah ternampak ular sawa yang sedang mengawan, iaitu sawa betina gergasi sepanjang lima meter, manakala pasangannya ular sawa jantan bersaiz agak kecil.

“ Sungguh terkejut dengan fenomena yang agak luar biasa itu, saya terus menembak kedua-dua reptilia itu kerana bagi masyarakat kami, ia hidangan eksotik yang menjadi lauk kegemaran,” katanya ketika ditemui, hari ini.

Namun  jelasnya, saiz reptilia itu yang agak besar dan berat menyukarkannya membawanya pulang ke rumah sebelum meminta bantuan beberapa rakan.

“ Selainitu kami terpaksa ‘membelah’ kayu balak itu untuk mengeluarkan kedua-dua ular sawa berkenaan,” katanya.

Menurut Tinsung, ular sawa berkenaan kemudiannya dibawa keluar dari kawasan belukar itumenggunakan kenderaan pacuan empat roda (4WD) sebelum dipamerkan ke penduduk setempat.

“ Kemudian melapah dagingnya dibahagikan sama rata buat para penduduk kampung serta pekerja ladang berhampiran,” katanya.

Kisah gempar disebalik kisah Anakonda Sarawak ini telah di siarkan juga oleh Sarawak Edition di laman Facebook mereka.

Manakala kisah di bawah ini pula juga berkisar tentang ular tedung.

Seorang lelaki India Ini Telah Merendam Ular Kobra di Dalam Alkohol, Sebulan Kemudian Dia Membuka Botolnya dan Kejadian Mengerikan Terjadi!!

Negara India memang negara yang memiliki ular kobra paling banyak. Tapi karena hal ini juga, bukan sedikit masyarakat yang akhirnya meninggal kerama dipatuk ular tedung.

Sebelum ini dikatakan seorang India bernama Arta Basha yang digigit ular ini sampai meninggal. Hebatnya, ular yang menggigit dia itu sebenernya udah direndem di dalem alkohol selama lebih dari 1 bulan

Malah Arta sendiri yang menangkap ular ini di kebun milik keluarganya, panjangnnya kurang lebih 60 cm, kemudian dia memasukkan ular-ular ini ke dalam botol tertutup berisi alkohol. Setelah sebulan, Arta sudah siap untuk mengonsumsi arak ular ini.

Namun sewaktu dia membuka botol arak tersebut, ular tedung itu lantas keluar secepat kilat dan menggigit tangannya. Keluarganya terus menghantar Arta ke hospital, tapimereka dimaklumkan oleh petugas hospital bahawa mereka tidak memiliki ubat penawar bagi racun ini.

Sewaktu mereka membawanya ke hospital di bandar, 4 jam kemudian Arta akhirnya meninggal dunia. Ada ahli yang mengatakan, mungkin botol alkohol itu tidak ditutup dengan rapat, atau mungkin kadar alkohol kurang tinggi, sehingga ular tersebut masih bisa bertahan hidup di dalam sana.

Jom lihat video ular tedung halang laluan motordi bawah

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Lubok Viral

Sumber:  kakitular

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *