Video Seronok Betul Ayah Aliff Syukri Dapat Duit Berkepuk, Namun Netizen Pula Kecam Kata Aliff Syukri Saja Nak Menunjuk

Kasih ibu membawa ke syurga, kasih ayah tiada penghujungnya. Begitulah kata-kata yang boleh diungkapkan kepada Dato Aliff Syukri dengan ayah kandungnya, Kamarzaman.

Sila skrol ke bawah untuk lihat video di hujung artikel

Dato Aliff Syukri sebelum ini selalu menceritakan kisah kepayahan dan jerit perih beliau semasa kecil yang patut dijadikan tauladan. Ayah beliau pernah bekerja sebagai pengawal keselamatan bergaji RM500 sebulan. Dengan gaji kecil itulah ayahnya menyara kehidupan mereka sekeluarga.

Waktu itu ayahnya menetap di rumah flat 2 bilik di seksyen 20 Shah Alam bersama adik beradik beliau berlainan emak ( bonda Rozita adalah ibu kandung Aliff Syukri dan bercerai). Sejak itu Aliff Syukri sentiasa berazam untuk membantu ayahnya keluar dari kepompong kemiskinan.

Sekarang impian Aliff Syukri sudah menjadi kenyataan apabila kini bergelar jutawan. Aliff Syukri memberitahu dia ingin membeli sebuah banglo untuk ayahnya namun ayahnya menolak. Jadi, beliau telah membelikan sebuah rumah teres lot tepi kepada ayahnya itu. Untung bukan dapat anak seperti Aliff Syukri.

Sementara itu, Aliff Syukri turut meluahkan perasaan terkilan beliau apabila terdapat segelintir netizen menuduh beliau mengabaikan ayahnya dan adik-beradik yang lain. Aliff Syukri menjelaskan bahawa semua itu adalah fitnah dan tidak benar sama sekali. Bahkan katanya ada adik-beradiknya yang bekerja di syarikat beliau, malah ada yang tinggal bersama beliau.

Terbaru, Dato Aliff Syukri telah berkongsi sebuah video beliau menghadiahkan wang kepada ayahnya itu. Melalui ruangan komen terdapat segelintir yang mempersoalkan tujuan sebenar Aliff Syukri merekod perbuatannya memberi duit kepada ayahnya itu. Ada yang menuduh beliau sengaja ingin menunjuk-nunjuk, malah ada yang menuduh beliau hanya sekadar berlakon.

Bagi admin, tidak perlulah kita menghakimi niat seseorang sama ada dia ikhlas atau tidak. Apa yang penting adalah kita lihat keakraban seorang anak dengan ayahnya. Sepatutnya kita jadikannya sebagai contoh, bertekad dalam hati untuk berbuat benda serupa dengan mak ayah kita.

” Saya nak gembirakan abah saya.. terkejut sy abah sy sampai di opis tetiba dan sy adalah nak kesyanagan abah saya wakru kecik..anah saya ada 8org anak isteri baru….. saya kuat sbb saya asal keluarga susah abah sy org kampung..mak mak sy pun org hutan dan very kampung tapi dia kuat… org banjar alai…saya bukan anak org kaya dan sy bermula dr bawah….walapun abah sy gaji rm550 sebagai pengawal keselamatan… dulu dia ttp kirimkan sy duit rm50 sebulan utk kami..sy duduk dgn mak sy dan dipondok..pernah gak duduk dgn abah di sek 20shah alam… skrg ni dia dah tua dan sy nak balas jasa dia balik… nak tngok sambungan vedio ni plz gi subsire youtube sy di tvterlajaklaris ..”

 

Jom baca komen netizen di bawah;

” Bertuah ayah dapat ank yg mcm ni.semoga semakin sukses.ushawan melayu yg berjaya.semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki…”
” Masyallah…bangganya jadi ibu bapa anak Xpernah lupa mak ayah..”
” teringat arwah abah saya sedihnyaaa…yg masih ada abah tu buatla mcm dato @aliffsyukriterlajaklaris ni berjasa lah slagi abah msh bernyawa..”
” @syabil0302 komen yang positif..benda baik memang harus disokong..dalam video di atas walau ada yang mengatakan dato alif berlakon lh atau apa saja..tapi yang baik kita harus lah puji kan..tak ada apa yang dosa di atas…yang baik kita ambil,sebaliknya kita perbaiki sendiri…sebetulnya dato alif memang seorang yang baik dan pemurah..”
” biar la dia nak bagi berapa pun..kalau betul mak tiri dia dan sedara mara dia cakap bagi rm500 sebulan apa salahnya dia nk bagi gitu?patut bersyukur dapat jugak dari x de langsung..kita2 ni cakap kat orang ni ada x bagi kat mak ayh?..”
” Dato sye nak tanya knp dato buat vid ni?….ramai je org bagi duit kat ayah dia x buat vid pon….dh2 lah dato….”

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Lubok Viral

Sumber: IG Aliff Syukri

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *