Video Saiful Bukhari Hulurkan Tangan Bersalam Dengan Anwar Tarik Perhatian Netizen

Pilihan raya kecil (PRK) Port Dickson mungkin menjadi PRK yang paling menarik perhatian pascaPRU ke-14 selepas tujuh borang pencalonan diserahkan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini. Meskipun pada peringkat awal tidak ramai yang dilihat berminat untuk bertanding dalam PRK tersebut.

Paling menarik perhatian media dan orang ramai adalah apabila menyaksikan salah satu borang yang diterima itu milik Saiful Bukhari Azlan, individu utama dalam kes L1wat yang menyebabkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dipenjarakan.

Pihak media tidak melepaskan peluang untuk mengikuti perkembangan mereka apabila kedua-dua individu itu,  Anwar dan Saiful dilihat bersemuka di pusat pencalonan di Majlis Perbandaran Port Dickson, pagi ini.

Pada awalnya Anwar tiba lebih awal iaitu pada pukul 8.45 pagi dan disambut laungan reformasi oleh kira-kira seribu penyokong Pakatan Harapan (HARAPAN).

Sementara Saiful pula tiba kira-kira setengah jam kemudian malah beliau dilihat berdiri untuk berjabat tangan dengan Anwar ketika presiden PKR tersebut berjalan ke tempat duduknya selepas menyerahkan borang pencalonan.

Saiful duduk di meja bersebelahan dengan pasukan Anwar di dalam dewan itu dan keadaan kekal tenang meskipun  pemuda berusia 33 tahun itu membuat kejutan semalam apabila mengumumkan hasrat untuk bertanding dalam PRK itu dan menegaskan tiada mana-mana pihak di belakang tindakannya itu.

Terdahulu, Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim hanya mengangkat bahu apabila wartawan meminta beliau memberi komen tentang hasrat Mohd Saiful Bukhari Azlan untuk bertanding pada pilihan raya kecil (PRK) Port Dickson.

Beliau menghadiri majlis pelancaran bilik gerakan PKR di PD Waterfront di Port Dickson, Negeri Sembilan hari ini semasa Saiful dilapor akan bertanding di kerusi terbabit.

Dalam majlis yang sama, setiausaha agung PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata kepada penyokong parti itu bahawa pihaknya akan menangkis apa sahaja tuduhan yang akan dibuat Saiful.

” Kalau dia baling tahi, kita sambut dengan bunga,” Kata Saifuddin kepada kira-kira 200 orang yang hadir.

Berdasarkan beberapa laporan berita Saiful berkata keputusannya untuk menjadi calon tidak ada kaitan dengan isu peribadi atau politik kepartian. “Saya hanya mahu mewakili rakyat dan meraikan demokrasi,” jelas Saiful seperti dilapor Free Malaysia Today.

Untuk rekod, Saiful, 33, pernah menjadi kakitangan di pejabat Anwar. Kemudian pada tahun 2008, beliau membuat laporan polis dan mendakwa dil1wat bekas majikannya itu. Tuduhan terbabit menyebabkan Anwar dipenjarakan pada tahun 2015.

16 Mei lalu Anwar mendapat pengampunan penuh oleh Yang di-Pertuan Agong selepas BN tewas pada pilihan raya umum ke-14.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Lubok Viral

Sumber: kinitv

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *