Video Pemandu Teksi Hamun Gadis Jurutol Punca Rakyat Semakin Meluat Dengan Perkhidmatan Mereka

Punca2 jem dekat tol ni la salah satu nya, sebab Rm3.70 sanggup kau susahkan orang lain,

PLUS da tak keluarkan resit zaman sekarang semua nya boleh print/screenshot online jer. Signboard punya besar dekat depan tu abam teksi, mengalah la sikit.

Apa2 pun min respect dekat brader yang datang siap offer bagi RM4 suruh dia jalan tak nak bagi kecoh2 kat situ.

Tiada Lagi Resit Tol PLUS 19 Mac 2018

PLUS Malaysia Berhad (PLUS) telah memaklumkan, mulai 19 Mac ini, tiada lagi resit tol bagi transaksi tol akan dicetak dan dikeluarkan di semua plaza tol di semua lebuh raya kendaliannya. Langkah ini merupakan salah satu daripada pendekatan PLUS untuk mengelakkan kesesakan apabila kenderaan keluar dari lebuh raya.

Walau bagaimana pun, pengguna boleh mendapatkan resit transaksi tol secara atas talian menerusi portal PLUSMiles ataupun portal Touch ‘n Go.

“Matlamat pelaksanaan transaksi tol secara elektronik sepenuhnya yang lebih pantas dan mudah sukar dicapai sekiranya masih terdapat sesetengah pengguna lebuh raya yang masih mahu mencetak resit tol bagi perjalanan mereka,” kata Ketua Pegawai Operasi PLUS, Zakaria Ahmad Zabidi.

Menurut Zakaria, lazimnya, pengguna akan beratur di lorong paling kiri (Lorong Pelbagai Kelas) untuk mendapatkan resit tol.

“Tindakan ini akan menyebabkan kesesakan di lorong terbabit dan ia selalunya akan mengganggu perjalanan pengguna di lorong-lorong yang berhampiran,” jelas beliau.

PJusteru, Zakaria menyarankan supaya pengguna kad PLUSMiles atau kad Touch ‘n Go mendaftarkan kad mereka di portal-portal PLUSMiles atau Touch ‘n Go iaitu www.plusmiles.com.my dan www.touchngo.com.my bagi membolehkan mereka mencetak penyata transaksi elektronik mereka untuk urusan tuntutan perjalanan ketika bertugas.

Setelah mendaftar, pengguna boleh mengakses rekod penggunaan kad elektronik mereka seperti butiran transaksi (termasuk transaksi untuk bayaran lain seperti perkhidmatan awam, parkir dan lain-lain), penyata transaksi, baki kad, tarikh luput kad dan lain-lain lagi.

Selain itu, rekod pembayaran dan tambah nilai tiga bulan terdahulu juga boleh diakses di portal PLUSMiles dan Touch n’ Go pada bila-bila masa. Pengguna hanya perlu mengisi tarikh di ruangan carian bagi memudahkan pencarian penyata transaksi bayaran tersebut. Pengguna juga boleh menyemak semula pergerakan perjalanan mereka di lebuh raya di portal tersebut.

Dalam pada itu, operator kenderaan berat atau kenderaan komersil boleh mendapatkan penyata transaksi kenderaan mereka dengan lebih mudah apabila mendaftar menerusi Program PLUSTrack.

Program PLUSTrack adalah program kesetiaan keahlian khusus untuk kenderaan berat dan komersil yang ditawarkan oleh PLUS. Menerusi program ini, operator kenderaan berat dan komersil boleh mendapatkan penyata transaksi serta menyemak pergerakan perjalanan kenderaan mereka di lebuh raya secara online menerusi www.touchngo.com.my.

Punca2 jem dekat tol ni la salah satu nya, sebab Rm3.70 sanggup kau susahkan orang lain, PLUS da tak keluarkan resit…

Posted by Messyuk Channel on Wednesday, 7 November 2018

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *