Video Pelancong Sesat di Padang Pasir Sunyi, Terjumpa Sebuah Bandar Moden di Bawah Tanah. Sungguh Hebat

Pernahkah anda terfikir setiap kali anda melihat cerita atau filem berlatar belakangkan padang pasir yang luar bagai tiada penghujung, ditakdirkan anda berada disitu dan anda tersesat seorang diri. Apa perasaan anda jika situasi itu benar-benar terjadi kepada anda?

Sila skrol ke bawah untuk lihat video di hujung artikel

Namun situasi seram itu pernah terjadi kepada seorang individu ini. Beliau adalah seorang pelancong tersesat di padang pasir yang sunyi sepi, dan ikut hanya mengikut arah jalan ke bandar berdekatan. Namun bila sampai je terkejut bila tempat tu hanya ada padang pasir je. Selepas pusing-pusing siapa sangka dia terjumpa bandar besar bawah tanah. Lebih mengejutkan lagi dia temui bandar bawah tanah yang sangat moden.

Terletak di Australia Selatan, Coober Pedy merupakan sebuah bandar kecil yang terletak di bawah tanah. Bandar ini dibina di negara bahagian yang dikenali sebagai kawasan paling kering di Australia.

Mengikut fakta sejarah, Coober Pedy ditubuhkan pada tahun 1915, ketika manusia pertama kali ditemui di kawasan tersebut. Para penambang mula tidak tahan dengan keadaan suhu dan cuaca yang begitu panas di sana.

Selepas itu  mereka pun mula menggali rumah mereka di bawah tanah untuk mengelakkan panas terik matahari. Semasa proses tersebut, para penduduk2 akhirnya mewujudkan sebuah bandar kecil untuk mereka. Sampai hari ini, orang-orang dari Coober Pedy lebih memilih untuk membina rumah mereka di bawah tanah berbanding harus membina di atas tanah.

Tidak tahan dengan musim panas yang sangat pelik dan esktrem di kawasan di atas 40 darjah Celcius menjadi salah satu alasan mengapa para pelombong betah tinggal di bawah tanah. Suhu di bawah tanah tetap berada pada tahap 24 darjah dan kelembapan tidak melebihi 20%. Pada musim salji, suhu akan menjadi agak dingin, namun tidak terlalu ekstrem. Kota ini telah menjadi bandar yang popular di seluruh dunia.

Mengikut maklumat penduduk setempat, banyak pelancong antarabangsa yang berbondong-bondong ke Coober Pedy untuk dapat merasakan sensasi tidur di bawah tanah, di sebuah bilik yang sejuk, gelap dan luas.

Selain itu antara tumpuan utama adalah gereja-gereja bawah tanah yang menjadi daya tarikan dan banyak diburu pelancong. Kota ini tidak hanya terkenal kerana pesona tempat tinggal bawah tanahnya, tetapi juga untuk menjadi ibu kota opal dunia, yang menghasilkan 70% dari keperluan opal (sejenis batu permata) dunia.

Lebih menarih apabila alam yang cukup ekstrem rupanya juga menjadi daya tarik bagi para pengarah Hollywood untuk menggarap filem mereka di sini. Contohnya saja Pitch Black, Red Planet, Queen of the Desert dan Opal Dream.

Bandar Coober Pedy yang terletak 850 km sebelah utara Adelaide,  menawarkan pelbagai kemudahan seperti kedai runcit, biliard, bilik tidur, bar, kolam renang, muzium, gereja Ortodoks, dan juga kawasan makam.

Jom lihat video penuh di bawah

Justeru siapa sangka kan bandar bawah tanah yang menjadi fiksyen selama ni rupanya sudah wujud pun. Bandar moden pulak tu. Mungkin perkembangan teknologi pembinaan bandar bawah tanah ini boleh dijadikan modul oleh kerajaan negara luar yang mencari kelainan dalam membina bandar-bandar baru. Terutama bagi negara yang berisiko dilanda taufan dan sebagainya.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Lubok Viral

Sumber: khalifahmailonline

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *