Video Parodi Lagu Bobo di Mana oleh Jihan Dan Syuk Memang Lawak Habis. Ramai Tak Tahan Tengok Part Menari Tu

Siapa sudah dengar lagu Bobo di Mana sampai habis? Confirm masing-masing dah boleh hafal lirik dah sebab selalu tengok kat youtube, betul tak. Sebabnya berdasarkan semakan di youtube lagu Bobo di Mana oleh Aliff Syukri, Sajat dan Lucintaluna ini telah mendapat 4.7 juta views sejak dikeluarkan minggu lalu. Woww boleh tahan juga.

Sama ada rating lagu tersebut naik disebabkan oleh gimik yang mereka lakukan atau taktik mempertaruhkan Saujat dan Aliff Syukri, itu bukan isu utama kerana apa yang ingin diperkatakan lagu tersebut telah diterima dengan baik oleh peminat di Malaysia dan Indonesia.

Berdasarkan komen netizen di youtube dan IG milik Aliff Syukri juga didapati peminat dari Indonesia lebih memberi respon positif dan membina.

Walaupun rata-rata komen netizen berbaur kritikan pedas terhadap ketiga-tiga penyanyi itu namun itu tidak menghalang lagu itu menerima populariti yang hebat. Kebanyakan netizen memberi komen lagu sedap, cuma penyanyi sahaja yang suara ke laut.

Tidak dapat dinafikan memang ada betulnya kritikan netizen itu kerana kita akui ketiga-tiga penyanyi itu bukanlah lahir sebagai penyanyi. Pendek kata bakat tu langsung tiada. Namun apa yang boleh dipuji, melodi lagu tersebut agak sedap didengar.

Dalam pada itu, dalam rancangan Meletops semalam lagu Bobo di Mana ini turut mendapat perhatian. Malah aksi Jihan dan Syuk membuat parodi lagu tersebut turut membuat netizen geli hati. Jihan seperti biasa tidak pernah mengecewakan setiap kali melaksanakan segmen parodi untuk ‘dikerjakan’.

Ada saja idea lawak mereka yang buat penonton tidak kering gusi. Paling tak boleh tahan apabila part menari ramai-ramai hahaha.

Jom lihat video penuh di bawah

Jom baca apa komen netizen;

” Kelakar. Nye.. Tengok berulang kali baru puas. Hahahah..”
” Macam nilah bru best and kelakar sangat..”
” Part yg jihan marah bila shuk goyang sumpah lawak HAHAHAHAHAHHAHA..”
” nape org tk suka lagu bobo ni.. best je bila dengar hilang stress..”
” @jihanmuse mmang x pernah x kelakar…”

Jom layan versi asal Bobo di Mana oleh Aliff Syukri, Sajat dan Lucintaluna

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Lubok Viral

Sumber: IG Ohabangkosmetik

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *