Video Misteri Langit Pelik Di Kanada. Disusuli Dengan Kejadian Aneh di Sebuah Tasik Buat Ramai Tertanya2

Baru-baru ini telah tular satu kejadian pelik di langit yang telah dirakam di oleh seorang warga Kanada. Apa yang lebih mengejutkan adalah keesokkan harinya heboh di berita tentang “sesuatu” telah berlaku di sebuah tasik. Kejadian tersebut telah menimbulkan rasa kagum penduduk setempat yang berasakan dua kejadian aneh yang berlaku selang sehari itu ada kaitan.

Tiada siapa mengjangka kejadian aneh di langit pelik yang telah dirakam oleh seorang warga Kanada telah menemukan dengan sebuah tasik bertompok yang pelik. Kejadian tasik bertompok itu telah buat ramai berasa kagum. Subhanallah.

Sebaik kejadian tersebut menjadi heboh, kawasan yang terletak berhampiran bandar Osoyoos di Kanada ini menjadi tarikan utama pelancong dari seluruh dunia sehingga hari ini. Spotted Lake atau Tasik Bertompok ini mempunyai kepekatan pelbagai mineral yang sangat tinggi seperti magnesium sulfat, kalsium dan natrium sulfat selain perak serta titanium.

Berdasarkan sumber, air di dalam tasik itu menyejat sepanjang musim panas dan meninggalkan ‘tompokan’ besar mineral tersebut dalam pelbagai warna bergantung kepada komposisi bahan terbabit. Pada asalnya, tasik tersebut dimiliki oleh keluarga Ernest Smith.

Selain itu terdapat jug penduduk pribumi cuba untuk membeli tasik tersebut selepas Smith dikatakan mahu membuka spa di kawasan terbabit. Akhirnya terkini satu perjanjian akhirnya dicapai selepas mereka gagal untuk memujuk Smith supaya menjual kawasan itu.

Kawasan berkeluasan 22 hektar itu akhirnya dibeli dengan harga AS$720,000 (RM3 juta), lapor Amusingplanet.

Berikut adalah antara info berkenaan tasik Spotted Lake;

  1. Ia digelar Kliluk oleh penduduk asal dan warga online di Lembah Okanagan. Tasik tersebut dianggap sebagai tempat suci.
  2. Kualiti air terapeutik telah diketahui beribu tahun lalu yang mana penduduk pribumi menggunakan lumpur dan air tasik tersebut untuk menyembuhkan penyakit. (Sumber: Sinar Harian)

Selain itu juga, kebanyakan air di dalam tasik menguap sepanjang musim panas, mendedahkan deposit mineral berwarna-warni. “Titik” yang besar di tasik muncul dan berwarna mengikut komposisi mineral dan jumlah musim hujan.  Magnesium sulfate, yang mengkristal pada musim panas, adalah penyumbang utama untuk melihat warna. Pada musim panas, mineral yang tinggal di dalam tasik mengeras untuk membentuk “laluan pejalan kaki” semulajadi dan di antara tempat tersebut.

Jom lihat video Spotted Lake di Kanada di bawah;

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Lubok Viral

Sumber: khalifahmailonline

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *