Video Keakraban Seorang Lelaki Dan Singa Betina Yang Diselamatkan

Ahli ekologi Valentin Gruener ber temu anak singa bernama Sirga ketika usia 10 tahun. Rakaman video ini membuktikan persahabatan unik yang mengeratkan perhubungan mereka semenjak itu.

(Video Penuh dibawah)

Selama 3 tahun, rancangan Animal Planet mengikuti jejak persahabatan ini dan menjadikan ia satu kisah bertajuk ‘Heart of Lion’ dengan enam episod yang telah disiarkan pada 16 September 2016.

Singa ditemui dan diselamatkan selepas ke matian ibunya, dalam keadaan ia hampir mati dan kehausan. Doktor haiwan yang merawat memberitahu ia hanya mempunyai masa 10 hari sahaja untuk hidup.

Valentin tidak ber putus asa dan tidak mahu membiarkan anak singa ini mati begitu sahaja. Sebaliknya Valentin menyelamatkan Sirga dan memuliharanya dalam persekitaran manusia.

Namun begitu, Valentine juga mem biarkan singa ini hidup bebas di dalam persekitaran asal dengan tidak mengurungnya. Valentin membantu Sirga menyesuaikan diri dengan persekitaran asal, memberinya makan dan mengajarnya mencari makanan sendiri dari habitat semulajadinya di Grasslands Game Farm, di Gurun Kalahari, Botswana.

Dokumentari ‘Heart of Lion’ men dedahkan kisah per sahabatan unik antara manusia dan haiwan pemangsa yang mampu menjadi jinak, sekiranya ia dibelai dengan penuh kasih sayang. Valentin Gruener mengajar kita untuk memahami bagaimana kelakuan seekor singa yang ganas boleh bertukar lembut, sekiranya ia mempunyai perasaan sayang dan ingin melindungi makhluk dan spesies haiwan lain yang mempunyai ikatan erat dengannya.

Ikatan persahabatan yang unik dan erat antara Valentin dan Sirga, yang hanya mampu difahami oleh mereka ber dua.

Jom lihat video penuh dibawah:

Sumber : Era Baru

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *