Umpama Kakak Dan Adik, Gambar Terbaru Perkongsian Nora Danish Asyik Dipuji Peminat

Pelakon popular, Nora Danish seperti semua yang sedia maklum baru sahaja mendapat anak yang kedua tahun lepas.

Apa yang menarik perhatian adalah Nora kelihatan semakin cantik selepas berpantang dan kini anaknya juga sudah menjangkau usia hampir setahun. Bukan kami sahaja yang perasan kecantikkannya, malah peminat setia yang mengikuti rapat perkembangan terbaru pelakon serba boleh ini juga memuji-muji foto terbaharu yang di muat naik ke laman instagramnya.

Kalau korang tak percaya, jom lihat beberapa keeping gambar terkini beliau yang persis kakak dan adik apabila bergambar bersama anak bongsunya.

Berikut turut di kongsikan beberapa tips untuk kekal cantik selepas berbadan dua oleh Nora. Harap-harap ibu-ibu yang baru sahaja melahirkan anak terinspirasi dengan perkongsian beliau. Maklumlah, semua wanita nak kelihatan menarik selepas bersalin kan?

Nak dapatkan bentuk badan ideal selepas bersalin memang perit. Lemak-lemak tepu aka babat yang dikumpul selama 9 bulan 10 hari memang degil nak dihapuskan. Tu belum lagi cerita pasal kesan stretch pada perut. Kalau betul nak idamkan bentuk tubuh seperti Nora, jom ikuti perkongsian beliau tentang kecantikan.

Ingin ketahui cara sebenar Nora Danish amalkan setiap hari demi menjaga kecantikannya? Disini kami secara eksklusifnya mewawancara Nora Danish bertanyakan tip kecantikan selebriti jelita ini.

Siapakah Ikon Cantik Anda?

Ramai wanita berwajah cantik. Jika mereka mempunyai hati yang bersih maka terpancarlah kecantikkannya. Nora mengagumi keringkasan Anjelina Jolie. She’s beautiful inside and out.

Rahsia Anda Untuk Kekal Tampak Muda?

Rahsia? Tiada apa yang hendak dirahsiakan, memandangkan saya juga masih cuba untuk menjalani kehidupan yang sihat dengan mengamalkan diet yang sempurna, amalkan makan ulam-ulaman, makanan organic, minum air yang secukupnya, mengambil makanan tambahan juga melakukan senaman seperti yoga. Saya cuba untuk live a healthy life.

Apa masalah rambut terbesar anda? Dan bagaimana pula anda mengatasinya?

Sejak melahirkan Rayqal, rambut Nora semakin kurang, biasalah perubahan hormon. Jadi sekarang Nora lebih utamakan pengambilan vitamin untuk rambut dan cuba elakkan terlalu banyak penggunaan bahan kimia. Nora juga dapatkan rawatan professional di spa rambut.

Apakah kosmetik atau alat solek wajib setiap kali bersolek?

Item asas seperti mascara, pemerah pipi dan juga pensil kening

Kongsikan rejim penjagaan kulit wajah anda setiap hari?

Saya amalkan pengambilan makanan tambahan Sure White sebaik sahaja bangun tidur. Dan untuk kesan yang lebih efektif, saya juga amalkan sebelum tidur.

Bagaimana pula dengan senaman? Senaman apa yang anda lakukan? Dan sekerap mana?

YOGA dan MMA apabila berkelapangan. Memandangkan saya sibuk dengan penggambaran jadi soal masa agak terhad. Paling tidak saya cuba lakukan squat dan sits up di rumah.

Ada jugak yang cuba mengusik nakal. Katanya kalau anak bongsunya itu cepat besar boleh la Nora Danish buatkan adik pulak untuk Neyney.

Hihi mesti Nedim tengah tersenyum tu kan.

Untung la kan, isteri comel dan tak makan tua ni. Tapi memang betul Nora ni jenis yang tak nampak berumur kan?

Kalau tak caya korang boleh tengok videeo ni. Orang Korea main teka teka umur artis Malaysia. Berapa agaknya ye umur Nora yang dorang teka. Mesti terkejut kalau korang tengok ni.

Wahhh.. muda betul dorang teka. Siap ada yang nak mengorat lagi tu. Bini orang tu bang. Maarah pulak Nedim tu nanti.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *