Tudung Pun Tak Labuh, Pakai Pun Ketat Camni Eh Akhlak Orang Perak. Safiey Ilyas Kecewa Kena Ganggu Masa Buka Booth

Heboh cerita tentang kehadiran dua usahawan Safiey Ilias dan Nur Sajat pada program keusahawanan di Mood Republic di Casuarina@Meru, pagi tadi yang terus mendapat bantahan daripada beberapa badan bukan kerajaan di negeri ini.

Menurut Presiden Reformis Muda Perak (RMP), Roslan Ali, pihak berwajib, sepatutnya perlu lebih tegas agar golongan l3sbian, g@y, bis3ksual, trans3ksual (LG8T), tidak dijadikan sebagai tarikan kepada program yang dianjurkan.

Malah menurut beliau, usaha tersebut nyata tidak bersesuaian kerana ia boleh menjadi contoh yang tidak baik kepada masyarakat, khususnya golongan muda. Tambahnya, masih ramai individu atau selebriti berpengaruh yang boleh dijadikan sebagai tarikan bagi program-program sedemikian.

“ Justeru, kita, RMP membantah kehadiran ikon LGBT ini pada program yang dianjurkan di Casuarina@Meru, hari ini.

“ Bkitagaimanapun a bukan bantah program keusahawanan, malah kita sokong 100 peratus kerana inilah pentas untuk orang Melayu berniaga.

“ Kita cuma berpendapat ikon LG8T yang digunakan tidak sesuai. Kenapa tak panggil artis lelaki atau artis wanita yang sebenar? Kenapa masih perlu promosikan ikon LGBT?” ujarnya.

Beliau berkata demikian semasa sidang media setelah mengetuai demonstrasi membantah kehadiran dua ikon LGBT itu pada program Mood Republic di Casuarina@Meru, pagi tadi.

Terhadulu dianggarkan lebih 20 ahli Reformis Muda Perak (RMP), hadir bagi menyatakan bantahan terbabit yang diberitakan bakal diteruskan hari ini oleh beberapa badan bukan kerajaan seperti Majlis Ayahanda-Ayahanda Perak (Maap) dan lain-lain. SUMBER : SINAR HARIAN

Usahawan Safiey Ilias Tutup Booth Awal

Menurut Safiey Ilias yang jelas kecewa dengan segelintir orang yang menganggu dia berniaga. Berikut adalah posting yang dimuatnaik di instagram rasmi Safiey Ilias.

” Untuk makluman, Syinta dh tutup booth dan staff dan pekerja partime dh balik . Sebab staff cakap orang Perak yg dtg lalu depan booth jeling2 dan pandang semacam . Kemain nk jeling2 , tudung pun tak labuh . Pakai pun ketat . Mcmni eh akhlak org Perak ?? Kenapa NGO tak duduk je meja depan entrance masuk dewan tu cek sijil nikah ??

Soalan saya NGO tak nak ke buat live atas stage beritahu semua yg dtg mood republic kene pakai yg sopan ikut syariat Islam ?? Siap cakap kedatangan syinta bawa malapetaka dkt negeri Perak . Habis tu yg penuh bohsia , pel4cur dan mak ny4h mel4cur dkt setiawan , lake thamby taiping dan lumut tu NGO taknak banteras ke ? Kesian dkt staff saya dan pekerja partime mereka nak buat sales cari rezeki bantu mak ayah . . JANGAN JADI PENGEMIS DI NEGERI ORANG .

Tapi tak apa lah , syinta doakan negeri Perak tidak ditimpa mala petaka . Syinta pun tak datang . Jadi kalau kena mala petaka jgn salah saya sebab saya tak datang . So harap2 bohsia2 dan pel4cur tu tak membawa mala petaka dkt negeri perak lah ye . WASALAM ..”

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Lubok Viral

Sumber: klviral

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *