TOQQI PPIM NAIK ANGIN DEKAT LELAKI INI SAMPAI LELAKI INI TERDIAM

Jangan main main dengan Toqqi, walaupun nampak bersahaja tetapi beliau umpama harimau yang sedang tidur. Mari kenali siapa sebenarnya Toqqi.

PROFIL KETUA AKTIVIS PPIM

Nama: Nadzim Johan

Lahir: 17 Februari 1960

Asal: Kuala Kangsar, Perak

Orangnya memang lantang bersuara dan memberi pendapat. Dalam banyak keadaan, suaranya yang lantang dan tegas sememangnya dihormati kebanyakan pihak selain ditakuti lawannya.

Kerana kelantangannya, ramai menganggap beliau serius dan garang. Namun, bagi yang mengenali individu ini apatah lagi bertemu dengannya, personaliti lelaki ini sebenarnya sangat berbeza.

Ini kerana beliau cepat mesra dengan sesiapa saja walaupun kali pertama bertemu, malah layanan diberi bagaikan sudah lama mengenali seseorang itu.

Itulah sisi berbeza Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan, 53, yang hanya diketahui individu yang pernah bertemu dengannya.

Biarpun dalam media suaranya lantang mempertahan serta menyuarakan hak pengguna selain riak wajah serius, nyata ia tidak mencerminkan sifat peribadinya.

Malah, ketika ditanya mengenai personalitinya yang berbeza, beliau mengakui ia sememangnya bersangkut paut dalam bidang kepenggunaan yang diceburinya.

Bidang yang saya ceburi memerlukan saya mesra dengan sesiapa saja kerana individu di dalamnya mencerminkan keadaan persatuan ini.

Kerana kita menawarkan khidmat pertolongan, semestinya juga kita mesti mesra dengan sesiapa saja.

Namun dalam masa sama, kita kena tonjolkan kepada pihak yang menindas bahawa kita bukan jenis mudah ditindas.

Kita serius untuk menangani penindasan dan reaksi kami jelas memberi gambaran bahawa kami memandang serius setiap aduan diterima, katanya yang mengakui minatnya dalam bidang kepenggunaan didorong sejak kecil oleh arwah bapanya.

Nadzim yang juga antara pengasas PPIM berkata, sehingga sekarang beliau masih berpegang kepada katakata arwah bapanya supaya membela nasib insan yang lemah serta ditindas.

Kata-kata bapa membawa saya ke dalam bidang ini. Walaupun banyak dugaan dan cabaran hingga menerima pelbagai ancaman, sehingga kini bidang ini menguatkan lagi keperibadian saya.

Malah, walaupun sibuk sepanjang masa, saya puas apabila dapat menolong individu yang memerlukan bantuan akibat menjadi mangsa pihak tertentu, katanya.

Menurut Nadzim, sepanjang hampir 18 tahun berkecimpung dalam PPIM, pelbagai ugutan diterima, termasuk yang mengancam keselamatan diri serta keluarganya.

Namun, setiap dugaan ditempuhi dengan kecekalan, kesabaran dan ketenangan selain mengharapkan perlindungan Allah SWT.

PPIM ditubuhkan bagi membantu menangani serta menyelesaikan masalah di kalangan peng guna Islam. Tidak kisah dalam bentuk apa pun, selagi ia menindas, kami akan bantu.

Kerana itu kami tawakal dan berserah pada Allah. Saya yakin apa pun halangan kami dapat lalui selagi kami berada pada landasan betul, katanya yang menegaskan, usianya yang kini mencecah 53 tahun bukan menjadi alasan untuk berundur daripada bidang itu.

Menyertai PPIM hampir 18 tahun, Nadzim berkata, jiwanya sebati dengan kepenggunaan Islam dan kerana itu juga dia langsung tidak pernah terfikir untuk bersara walaupun usianya meningkat.

Mungkin sudah biasa, jadi memang saya tak pernah terfikir untuk berhenti daripada bidang ini. Selagi termampu dan ada kudrat, akan saya laksanakan melainkan kesihatan tidak mengizinkan, katanya.

Sama seperti insan lain, Nadzim berkata, beliau bersyukur berikutan isteri dan anaknya memahami tugas digalasnya walaupun boleh dikatakan masanya banyak diluangkan bersama PPIM berbanding keluarga.

Katanya, tanpa sokongan mereka, beliau tidak mampu bertahan sehingga kini dalam bidang berkenaan yang penuh dengan pelbagai dugaan.

Terus terang, saya gembira mempunyai isteri dan anak yang memahami tugas saya. Mereka tidak pernah bersungut bila masa saya banyak diluangkan di PPIM berbanding mereka.

Mereka penguat semangat saya untuk terus bertahan sehingga kini walaupun dalam usia yang kini melebihi 50 tahun, katanya.

Ketua Aktivis PPIM, Toqqi@Nadzim Johan sendiri menjadi saksi kejadian yang berlaku di Jalan Tun Razak kira-kira jam 1.30 petang semalam. Dua samseng berbangsa India cuba menahan sebuah kereta jenis Toyota Avanza di persimpangan lampu isyarat.

Tindakan mencurigakan memaksa Toqqi turun bersemuka dan hasil soal jawab mendapati kedua mereka tidak memiliki surat dan kad kuasa yang sah. Sikap tidak mahu memberi kerjasama yang baik menimbulkan pertelingkahan antara pihak PPIM dan samseng terbabit.

Menjadi persoalan apabila SOP yang sepatutnya dipraktikkan oleh pihak bank dan penarik kenderaan tidak diendahkan sesetengan pihak.

Modus operandi yang digunakan juga menimbulkan kerisauan PPIM apabila data peribadi pemilik kenderaan diperolehi dengan begitu mudah oleh pihak ketiga.

Toqqi Mengamuk Samseng Jalanan Tunjuk Belang! (Video Penuh)

sumber tvbulan.comĀ 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *