Terujua Baca Status Lelaki Boleh Tahan Nafas Menyelam Sampai 22 Min

Baru baru ini telah timbul satu kisah mengenai seorang lelaki berjketurunan orang Bajau Laut yang dikatakan mampu menahan nafas didalam air lebih kurang 13 minit. Kisahnya, seorang lelaki telah membuat thread di laman media sosial twitter miliknya mengenai individu yang berada di kampung halamannya yang mampu bernafas dalam air dalam tempoh masa yang agak lama sekitar 22 minit 31.5 saat.

Status Tersebut:

” Saya iban. Di kpg saya de seorang ni kami pnggil rayang. Dia hebat dlm hal berkaitan mmburu dan juga menyelam. Saya penah amik masa dia menyelam, and guess what,.. 22 minutes 31.5 seconds.. Dia kluar pegang ikan kaloi. Antara ikan yg menyelam dlm di lubuk2 di kwasan sungai kami.”

Menurut @King_equalizer9, lelaki tersebut yang dikenali sebagai Rayang yang sememangnya sudah cukup dikenali oleh masyarakat sekitar tentang kepakarannya beliau di dalam memburu dan menyelam.

” Banyak yang kita tak tau adat dan ada sesetengah orang iban nie, siap yang ada ilmu-ilmu atau pendamping”

Berkata lagi, menurut kepercayaan pada penduduk sekitar, Rayang itu berkemungkinan mempunyai bantuan daripada roh nenek moyang atau lebih mudah untuk difahami pertolongan jin dan syaitan. Ehh Betul ker dia ada pendamping nie?

Namun apabila pemuda ini bertanya kepada Rayang mengenai ilmu pendamping yang sering dikatakan oleh penduduk sekitar, dia hanya sempat membalasnya dengan senyuman dan tidak memberikan sebarang percakapan. Husnuzon jer lahhh yang dia memang boleh tahan nafas lama! tambah pemuda ini lagi, dia adalah dari keturunan Iban dan percaya bahawa sesetengah kaum Iban yang bukan berketurunan Islam masih lagi ada mengamalkan ilmu atau amalan yang berunsurkan syirik.

“ Sebab saya dari iban and tau tradisi adat.”
“ Cuma nya skrg dah tinggalkan kerana ahli keluarga saya beragama islam, moyang saya pun ada satu kitab tulisan arab, dan pakcik saya masih pegang.” jelasnya

Kelihatan antara ilmu yang masih diamalkan ialah ilmu kekuatan dan ilmu masuk ke dalam hutan. Ramai warganet berasa teruja dengan kisah yang dapat diceritakan oleh lelaki ini terutamanya mengenai Rayang yang dia mampu menahan nafas di dalam air dengan jangka masa waktu yang agak panjang.

Rata Rata di media sosial warganet meninggalkan komen komen mereka
“ Lepas ni boleh la buat dokumentari pasal Orang Bajau”

Ushhh,betul dashat lerr, sampai boleh tahan nafas dalam air macam tuu punya lama. Kalau min laa..nak sampai satu minit pun belum tentu lagi weiii… itu la hebatnya pelbagai kaum dan etnik yg berada ni negara malaysia ini.

Sumber: twitter /lobakmerah

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*