Terkesan Dengan Ceramah Utz Ebit Lelaki Berlari Minta Ampun Dengan Isteri

Ramai sedia maklum Ustaz Ebit Lew tidak asing lagi dalam memberi ceramahnya mengisahkan hubungan dalam kekeluargaan. Seminar yang beliau anjurkan kerap kali melibatkan pasangan suami isteri dan diakhiri dengan linangan air mata kepada peserta yang menghadirinya.

Baru ini, Ustaz Ebit Lew telah memuat naik satu vdeo seorang lelaki yang teresak esak menangis oleh kerana terkenangkan peng0rbanan isteri tercinta.

Menurut beliau, lelaki itu berasa amat kesal dgn sikap dirinya yang selalu berbuat salah dengan isteri sedangkan isteri tercinta terlalu baik dan sanggup menerima seadanya dalam keadaannya ketika itu.

Bila ditenangkan oleh Ebit Lew, lelaki itu kelihatan dengan tanpa selipar terus meluru pergi untuk mendapatkan isterinya dan memeluk erat bidadarinya serta memohon kemaafan atas segala kekhilafan dirinya. Ia nya dalam situasi terlalu sebak sehingga membuatkan hadirin yang hadir itu turut serta mengeluarkan air mata.

Moga peroleh kekuatan untuk menempuhi dugaan

Dengan perkongsian itu di alam maya, ratarata warganet juga turut terkesan serta meninggalkan komen komen yang pelbagai di ruangan media sosial Instagram pendakwah bebas tersebut.

Ramai di antaranya memberikan kata kata yang amat positif dengan berasa terharu dengan tindakan yang dilakukan oleh lelaki itu. Mereka mendoakan agar kesejahteraan dan juga rezeki berpihak kepada lelaki tersebut serta keluarganya.

Min juga mendoakan yang terbaik untuk pasangan ini semoga kalian berdua dirahmati yang maha esa.

Jom tonton vdeo rakaman tersebut

Jangan pernah putus asa dalam hidup

Terkejut sangat sebak bila saya tanya siapa pernah rasa putus asa dalam hidup, rasa lebih baik mati je dan terasa macam nak bunuh diri?Seorang abang ni cerita rasa putus harapan dalam hidup sehingga datang rasa lebih baik mati je. Betapa rasa selalu susahkan isteri yang baik. Buat salah padanya. Hilang pekerjaan. Buntu cari kerja. Saya dekat dan cakap padanya Allah sayang padanya. Dia ada doa Nabi saw. Doa ibu bapa dan isteri. Abang tu peluk saya menangis.Selepas itu abang tu tanpa selipar terus pergi ke tempat isterinya peluk minta maaf. Semua sebak menangis. Ya Allah terharunya. Syukur abang ni baru dapat kerja dan berterima kaseh pada isterinya membawa beliau ke sini. Masya-Allah. Abang ini orang baik dan rendah diri. Isterinya baik dan memaafkannya. Doa seorang isteri yang solehah. Subhanallah. Syukur pada AllahBeberapa pasangan nak berpisah hari ini juga bisik pada saya tak jadi nak berpisah. Allahuakbar. Terima kaseh Allah. Dialah Allah Maha Kaya. Maha Kuasa. Hati manusia dalam genggamanNya-ebitlewJemput semua bersama dalam Keluarga Sunnah #PerbaikiDiri seterusnya di Kelantan, Melaka, Sabah dan Sarawak. Daftar di : Online : https://transformjiwa.com/keluarga-sunnahWhatsApp : wasap.my/60173666848

Posted by Ebit Lew on Monday, October 7, 2019

Dah baca jangan lupa share yer..like Lubokviral

Sumber:sinarviral

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*