Temuramah DS Najib Berkenaan Prestasi Skuad Harimau Malaya Jadi Bahan Lawak Netizen

Pemilik akaun Faradyable, dia ini antara yang terawal membuat pengubahan suara dan video video beliau memang biasa menjadi tular di media sosial.

Antara video video yang menjadi tontonan netizen adalah ketika bulan ramadhan di mana dia mengambil satu klip movie 300 dan ubah suara mereka dari bahasa English ke bahasa Melayu.

Yang lebih menarik apabila bunyi suara yang beliau guna pakai dan olahan skrip apabila bercakap ayat dan mulut seperti sama. Memang luarbiasa bakat anak Malaysia ini.

Memang di luar kotak cara pemikiran beliau. Video temuramah Bekas Perdana Menteri Malaysia Dato Seri Najib Razak dengan Al-Jazeera telah diambil dan diedit suara oleh beliau.

Yang lebih menarik, beliau mengolah suara mereka berdua dan masukkan skrip tentang perlawanan Malaysia bertemu Vietnam untuk Perlawanan Akhir AFF Suzuki Cup 2018.

Lihat video di bawah tetapi tunggu sampai habis sebab punchline dia agak dasyat .. hehe!

5 sebab mengapa Malaysia boleh menang ke atas Vietnam dalam final kedua Piala AFF 2018 di Stadium My Dinh, Hanoi, Sabtu ini.

1. Kehadiran semula tonggak berpengalaman, Aidil Zafuan Abd Radzak bergandingan bersama Shahrul Saad akan mengukuhkan benteng negara:

Ketiadaan ketiga-tiga tonggak pertahanan itu pada aksi pertama di Bukit Jalil jelas membuka ruang buat Vietnam bergerak bebas sepanjang aksi.Biarpun tempat Aidil diisi Irfan Zakaria, tonggak pertahanan tengah itu jelas gugup apabila mudah diatasi penyerang lawan yang begitu pantas ketika melakukan serangan balas dan pengalaman Aidil sangat diperlukan.

2. Selain Aidil, kehadiran semula Syazwan Andik dan Syahmi Safari di bahagian pertahanan kiri dan kanan akan memperkukuhkan kekuatan pasukan:

Sepanjang aksi peringkat Kumpulan A dan separuh akhir menentang Thailand, gerakan skuad Harimau Malaya banyak bertumpu dari sebelah kanan dan kiri yang dimulakan oleh Syazwan dan Syahmi.Namun pada aksi final pertama di Bukit Jalil, ketiadaan kedua-dua pemain berkenaan jelas menggangu rentak pasukan untuk bergerak ke depan. Justeru, dengan kembalinya dua pemain ini dapat membantu Mohamadou Sumareh dan Safawi Rasid membina serangan dari sebelah tepi.

3. Situasi bola mati kelebihan Harimau Malaya:

Dua gol situasi bola mati yang diperoleh di Stadium Nasional Bukit Jalil jelas menunjukkan kelemahan pasukan Vietnam. Malah, itu bukan yang pertama kerana ketika aksi separuh akhir menentang Filipina juga menyaksikan skuad Naga Emas gagal menghalang gol menerusi situasi sama.Jadi, pemain negara perlu memanfaatkan sebaik-sebaiknya setiap sepakan sudut dan sepakan percuma untuk memburu gol dalam perlawanan ‘hidup mati’ itu.

4. Gandingan mantap Mohamadou Sumareh dan Norshahrul Idlan Talaha pasti memeningkan kepala pertahanan Vietnam:

Gandingan pemain Pahang – Mohamadou Sumareh dan Norshahrul Idlan Talaha – sekali lagi ditagih untuk mengucar kacirkan benteng pertahanan tuan rumah.Kedua-duanya memiliki kualiti serta teknik individu mengelecek yang baik dan itu pasti memberi kesukaran kepada pertahanan Vietnam untuk menghalang gerakan penyerang Harimau Malaya itu.

5. Penyokong Harimau Malaya:

Dijangka kehadiran 3,000 penyokong Harimau Malaya di tengah-tengah ribuan penyokong Vietnam di Hanoi akan menaikkan semangat pemain negara yang sememangnya mengharapkan sokongan padu terutama daripada Ultras Malaya.

Sumber klviral

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *