Tak Kira Hutang Bank Ke Hutang PTPTN Ke Kalau Seseorang Berakhlak Dan Bermoral Tinggi, Nilai Hutang 10 Sen Pun Dia Bayar Kata Dr Maszlee

Sekiranya sseorang itu mempunyai akhlak yang tinggi, mereka akan berusaha membayar hutangnya, walaupun nilai hutang itu hanya 10 sen.

Demikian pesanan Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik yang berkata sikap membayar hutang wajib ada dalam setiap diri kerana ia membabitkan tanggungjawab moral.

“ Oleh sebab itu tidak kira apa hutang sekalipun, hutang PTPTN (Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional), bank atau adik-beradik sikap kita sebagai seorang yang mempunyai akhlak, moral yang tinggi kalau berhutang perlu bayar.

“ Sebabnya ini tanggungjawab moral, di mana ia mencerminkan akhlak kita apabila kita berhutang perlu bayar walaupun hutang tersebut berjumlah 10 sen,” katanya.

Maszlee berkata demikian semasa mengulas kenyataan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkenaa jumlah hutang PTPTN yang meningkat kepada RM36 bilion kerana peminjamnya tidak amanah.

Menurut Perdana Menteri yang berkata, tindakan yang tidak amanah tersebut menyebabkan orang lain sukar mendapatkan pinjaman untuk membiayai pelajaran mereka ke peringkat lebih tinggi. Jelasnya, mereka yang meminjam itu bukannya tidak mampu membayar tetapi sengaja tidak mahu membayar balik pinjaman.

Sebelum itu, Dr Maszlee hadir ke majlis Anugerah Tokoh Siswa 2017 yang diadakan di Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), Arau. Sebanyak 15 anugerah dipertandingkan berdasarkan kategori dan satu anugerah utama menjadi rebutan iaitu Tokoh Siswa Kebangsaan.

Turur hadir adalah Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalulail berkenan berangkat mencemar duli menyempurnakan majlis berkenaan.

Dalam pada itu, sebanyak 43 inisiatif berjaya dilaksanakan Kementerian Pendidikan sepanjang 100 hari pertama sebaik Pakatan Harapan (PH) mengambil alih kerajaan. Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik memberitahu, sebahagian daripada 43 inisiatif itu antara perkara yang dijanjikan PH dalam manifesto Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) manakala selebihnya inisiatif di luar daripada buku manifesto itu sendiri.

“ Jadi ini bermakna Kementerian Pendidikan di bawah pimpinan kerajaan masa ini mengambil usaha, pendekatan holistik dan membina bagi membolehkan martabat sistem pendidikan terus dipertingkatkan demi masa depan anak kita.

“ Salah satu daripada 43 inisiatif yang dilaksanakan tersebut termasuk menunaikan janji mengeluarkan nama peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) daripada senarai hitam Jabatan Imigresen.

“ Pelaksanaan ini dilakukan pada 8 Jun lalu iaitu dalam tempoh 30 hari pentadbiran kerajaan baharu dan langkah tersebut membantu 429,945 peminjam.

“ Justeru dengan pelaksanaan itu, peminjam PTPTN yang perlu membuat bayaran balik tidak lagi mempunyai sebarang sekatan Jabatan Imigresen. Kami percaya mereka yang meminjam sedikit wang untuk membiayai pengajian tidak wajar dilayan seperti penjenayah atau mereka yang mencuri dana negara,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Maszlee yang mengulas lanjut berkata, beliau sebelum ini pernah mengetengahkan beberapa janji sebagai Menteri Pendidikan di mana ia adalah komitmennya untuk membawa penambahbaikan ke atas sistem pendidikan negara dalam tempoh lima tahun akan datang.

Tambahnya, pada peringkat awal 100 hari pertama itu, fokusnya adalah kepada low-hanging fruits sebelum berpindah kepada perkara lebih besar.

“ Antaranya termasuk memberi kuasa autonomi kepada institusi pengajian tinggi, memberi kebebasan bersuara kepada mahasiswa dengan mewujudkan semula Sudut Pidato, mengurangkan beban guru daripada tugas perkeranian serta memperkasa sekolah kebangsaan serta pendidikan khas.

“ Bukan itu sahaja, memastikan murid tidak lagi menggalas beg yang berat, meningkatkan penguasaan bahasa Melayu dengan memperkasakan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), membela dan terus mengiktiraf nasib sasterawan negara serta menggalakkan pelajar untuk menguasai lebih daripada tiga bahasa.

“ Sementara itu Kementerian Pendidikan juga memperkasa pendidikan tahfiz, selain memastikan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) mendapat perhatian lebih baik melalui cara meletakkan pengawasan terus di bawah Menteri dan Timbalan Menteri,” katanya.

Manakala bagi Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC), Maszlee memberitahu, projek membina sekolah baharu akan diteruskan dan dipersetujui dalam Mesyuarat Jemaah Menteri iaitu empat di Johor dan masing-masing satu di Selangor dan Pulau Pinang selain perpindahan enam sekolah kurang murid akan diteruskan sebaik mengenal pasti keperluan mendesak masing-masing.

Tambah Maszlee, kementerian juga mengambil langkah memulakan kajian inklusif dalam memansuhkan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) selaras Manifesto PH, termasuk membentuk sebuah jawatankuasa khas bagi tujuan itu.

“ Selain itu Universiti Awam (UA) digalak menganjurkan lebih banyak perbahasan atau dialog dengan pihak berkepentingan. Saya dan Kementerian Pendidikan bersikap terbuka dalam menerima pandangan daripada mana-mana pihak bagi menjayakan agenda dasar pendidikan negara.

“ Pelbagai usaha dalam memartabatkan Bahasa Melayu akan terus dipergiatkan dengan meraikan kekuatan dan menyemai budaya masyarakat pelbagai bahasa dan beberapa pengumuman berkaitan akan dibuat dalam waktu terdekat,” jelasnya.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Lubok Viral

Sumber: hmetro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *