Tajuk Drama Saya Rasa Nak Termuntah

Perlakon yang tidak asing lagi di negara kita iaitu Nasir Bilal Khan, 59. Beliau juga merupakan pelakon berkaliber pernah menolak 20 tawaran lakonan kerana kecewa dengan penghasilan sesuatu drama pada masa ini tiada hala tuju.

Nasir yang sempat di temubual berkata, semua tawaran itu pernah ditolaknya sejak beberapa tahun lalu hingga tahun ini yang disifatkannya tidak berkualiti.

” Secara jujurnya, apabila diberitahu tajuk drama saya rasa seperti nak termuntah. Masakan tidak, drama sekarang hanya berkisar cinta cintun,” katanya.

Tambahnya lagi, penghasilan sesebuah karya itu sepatutnya mendidik masyarakat dan membentuk negara ini.

” Tugas artis adalah mengajar orang ramai dan menghasilkan moral yang baik. Artis ada tanggungjawab, anak seni sepatutnya memandang sesuatu di sebalik sesuatu.”

” Sesuatu Hasil seni itu juga perlu memandang 100 tahun ke hadapan dan bukannya seperti sekarang,” jelasnya lagi.

Bercakap lagi, pernah suatu ketika dahulu, dia mahu bersara sebagai seorang pelakon namun dia dipujuk semula membintangi telefilem Tanah Kubor.

Nasir sempat menyarankan, jika ada stesen televisyen masih mahu menghasilkan drama mengarut, pihak produksi perlu bertindak sebagai ‘tentera’ dengan menentang ideologi itu.

Nasir mencadangkan agar artis berpengalaman diberi ruang menjayakan program anjuran jabatan kerajaan, selain Kerajaan Persekutuan atau negeri memberikan darjah kebesaran berserta elaun khas untuk mereka juga.

Ketika membincangkan diskusi Penghargaan dan Penghormatan Kian Pudar, dia mencadangkan banyak kategori dipertandingkan bagi memberi peluang kepada artis senior untuk memenangi anugerah.

” Di Dalam keadaan sekarang, ada juga didalam kalangan artis lama bergelar Datuk masih lagi meminta-minta di usia tua mereka,”katanya lagi.

” Penulis skrip juga seharusnya memperbanyakkan watak lakonan dan memberi peluang kepada pelakon veteran untuk berlakon.”

Selain itu, pelakon dan pensyarah, Dr Norzizi Zulkifli, 43 pula memberitahu dimana pihak produksi di negara ini dilihat masih berada di takuk lama kerana tidak mengukur nilai seseorang pelakon senior dengan sebaiknya, sebaliknya terus mengamalkan sikap pilih kasih.

” Berbeza jika di Hollywood, mereka tidak mengutamakan kecantikan sebaliknya memperbanyakkan watak serta jalan ceritanya,” katanya yang turut menjadi panel dalam kongres.

Dr Norzizi berkata, pelakon di negara ini melalui beberapa fasa iaitu membina nama, solid time (masa padat), kemuncak dan death time (masa kejatuhan).

” Saya melihat Mira Filzah kini meniti waktu kemuncak dan akan berdepan fasa seterusnya. Kita tidak sama dengan Hollywood, kerana pelakon di sana makin tua semakin mahal harga nya dan oleh itu industri ini perlu berubah,” katanya lagi.

Di Dalam kupasan berhubung nasib pelakon, sebelum ini perlakon Jalil Hamid yang dibayar RM1,500 untuk 15 babak lakonan baru-baru ini, katanya, ia tidak seharusnya terjadi.

Dah Baca Jangan lupa komen dan sharekan yerr..Terima Kasih

Sumber:malaysiaunited

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*