Sudah Lah Parking di Petak OKU, Bila Tayar Kena Kunci Anggota MPSJ Ini Pula Kena Maki Mujur Tak Kena Stereng Lock Kat Dahi

Baru-baru ini tular di laman sosial video seorang wanita yang naik angin dan sedang memarahi anggota Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) sambil memegang alat pengunci stereng.

Terdahulu video tersebut dimuat naik di sebuah ‘group’ Facebook GTB28 yang menunjukkan wanita berusia lingkungan 30-an tidak berpuas hati dengan tindakan anggota MPSJ yang telah mengunci tayar keretanya yang didakwan diletak dalam petak parking OKU.

Video pendek berdurasi 1 minit 36 saat itu memaparkan wanita tersebut berulang kali menyatakan bahawa dia hanya meletakkan keretanya di depan kedai makan untuk sekejap sahaja, bagi membeli makanan untuk golongan Orang Kurang Upaya (OKU).

Anggota MPSJ itu bagaimanapun menjelaskan bukan menjadi satu kesalahan untuk wanita terbabit membantu membeli makanan untuk OKU. Namun tindakan meletakkan keretanya di petak parking OKU menjadi satu kesalahan yang perlu dikenakan tindakan.

Wanita tersebut dilihat berkeras enggan menerima penjelasan yang diberikan, dia mula meninggikan suara dan meminta anggota MPSJ memahami situasinya. Tambahan pula, kawasan parkir di sekitar juga telah penuh menyebabkan dia tiada pilihan lain untuk meletakkan keretanya di situ.

“ Betul saya parking sini sebab depan ini restoran dan tak ada tempat parking berhampiran. Jadi saya parking sini, cepat-cepat ambil produk, tolong OKU juga,” katanya.

“ You tahu pun salah. You tahu pun salah parking,” jelas anggota MPSJ terbabit.

“ Apa yang salahnya, you patut tahu OKU tak ada masa. Kita mesti faham, OKU memang tak ada masa,” ujarnya.

Namun belum sempat menghabiskan penjelasan, anggota MPSJ itu selepas itu bertanya, apakah wanita itu berstatus OKU.

Namun soalan tersebut telah membuatkan wanita berkenaan berang, menghentak kakinya dan sekali lagi meninggikan suara kepada anggota MPSJ itu. Beberapa kali wanita itu menjelaskan dia dan suaminya membantu OKU dan meminta anggota berkenaan faham dengan kesulitannya.

Sementara perakam video itu kemudian memberitahu wanita itu supaya menunjukkan kad OKU. Anggota yang dimarahi wanita itu pula berkata, “ Jika you betul-betul tolong OKU, kalau you OKU, baik you parking kat tengah-tengah je.”

Sebaik mendengar kata-kata anggota MPSJ itu, wanita tersebu terdiam seketika dan berkata, “ You ni normal ke tak normal? Suruh saya parking di tengah jalan pula?”.

Dalam pada itu di laman sosial, rata-rata netizen menyalahkan wanita itu yang bertindak keterlaluan, sedangkan masalah itu boleh diselesaikan dengan cara baik jika dia benar-benar tiada pilihan untuk parking di situ. Wanita tersebut sepatutnya berunding dengan berhemah, kata netizen.

Sementara itu Ketua Polis Serdang ACP Megat Mohamad Aminuddin Megat Alias memberitahu, keterangan telah direkodkan daripada suami wanita itu, seorang individu kelainan upaya yang memiliki kad OKU yang sah, malam tadi.

“ Buat masa ini tiada penangkapan dibuat dan kertas siasatan akan dilengkapkan dan akan dirujuk kepada pejabat timbalan pendakwa raya pada Isnin” jelas beliau.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Lubok Viral

Sumber: freemalaysiatoday

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *