Subhanallah. Seorang Lelaki Sempat Merakam Objek Pelik Seakan AWAN Yang Jatuh di Tanah. Sesuatu Berlaku Bila Objek Itu Disentuh

Ahli-ahli teori konspirasi dan pemerhati alam telah membahaskan penyebab kepada kemunculan awan buih yang pelik seperti yang telah dirakam jatuh dari langit di Morrocco.

Video yang memperlihatkan objek pelik berwarna putih yang berlegar di seluruh kawasan pesisir Doukkala pantas menjadi heboh lalu menyebakan beribu-ribu penduduk datang untuk menyaksikan sendiri kejadian itu.

Sejak itu, muncul pelbagai pendapat dan penjelasan terhadap kejadian objek pelik seaakan awan yang jatuh dari langit itu. Ada pihak yang lantas berpendapat objek tersebut merupakan ada kaitan dengan makhluk asing, malah ada yang berkata ia adalah manipulasi cuaca Kerajaan dan tidak kurang yang berasakan objek itu hanyalah buih laut yang berlaku secara semulajadi.

Terdahulu klip video yang menunjukkan seorang lelaki yang menemui objek tersebut di tepi jalan telah mendekati objek itu sambil cuba menyentuhnya. Objek itu yang kelihatan hampir serupa dengan gula-gula floss dilihat terapung di udara dan berpusing-pusing perlahan membentuk pelbagai formasi, sambil sesekali terjatuh ke tanah.

Lelaki itu yang dapat didengari bertutur dalam bahasa Arab dilihat berjalan di sekeliling objek yang dianggap ajaib, kemudian kelihatan dia berjaya menyentuh objek itu yang berpaut ke lengannya seperti sarang labah-labah.

Kemudian pada satu ketika objek berbentuk gelembung besar serupa awan itu menegak apabila ditiup angin, dan terbang melintasi jalan.

Sementara itu, sebuah blog paranormal iaitu UFO Sightings Hotspot berspekulasi bahawa fenomena ini adalah berkait rapat dengan aneh seperti fenomena gelombang bunyi kuat yang pernah berlaku pada bulan Januari. yang didengari di berbagai tempat di dunia, termasuk Morrocco,

“Awan tidak boleh jatuh dari langit dan berlegar di tanah,” kata blog itu.

“Adakah ‘awan’ ini bukti lain geoengineering dan manipulasi cuaca?”

Jom lihat video penuh di bawah

Sementara itu terdapat orang awam yang secara bergurau mendakwa ia adalah Mists Terrigen, mutagen dari alam Marvel Comics.

Sesetengah netizen turut berpendapat ia sebenarnya buih laut, sementara yang lain mengatakan ia adalah hasil daripada kumbahan yang tidak dirawat, dan lelaki itu dinasihatkan untuk tidak menyentuh objek tersebut.

Jom baca apa komen netizen antarabangsa di bawah

” Proof that Aliens use shampoo..”
” So the million dollar question is…”What did it feel like?”..”
” When your fed up with the other clouds trying to “fit in” when you can just stand out..”
” That’s exactly what I would do, stick my entire arm into an unknown object that came from the sky..”
” That’s not a cloud. A cloud would have gone straight through the fence… it looks like someone added too much detergent at the laundromat (soap duds, I mean soap suds)..”

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Lubok Viral

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *