Subhanallah. Kejadian Pelik Padang Pasir Dilanda Banjir, Namun Apa Yang Berlaku Selepas Banjir Itu Lebih Mengejutkan

Mungkin ramai yang tertanya-tanya, pernahkah padang pasir dilanda hujan lebat dan jika pernah bolehkah padang pasir yang tandus itu kemudiannya dilanda banjir. Kun fayakun, sesungguhnya setiap benda yang terjadi hanya dengan izin Allah. Jika Allah kata jadi, maka jadilah.

Sememangnya umum mengetahui padang pasir adalah kawasan di bumi yang paling kurang menerima hujan. Namun suatu kejadian pelik telah berlaku apabila hujan lebat telah berlaku di sebuah padang pasir sehingga menyebabkan banjir. Tapi apa yang lebih mengejutkan adalah berlaku selepas berlakunya banjir adalah “sesuatu” kejadian yang buat ramai terpana. Subhanallah.

Sila skrol ke bwah untuk lihat video di hujung artikel

Bagi penduduk yang mendiami kawasan gurun, hujan yang turun pastinya merupakan rahmat terbesar buat mereka. Sesungguhnya itulah yang berlaku apabila hujan lebat yang turun menimpa bumi tandus itu sangat mengejutkan penduduk di sebuah gurun. Dan apa yang mengejutkan adalah selepas tamatnya hujan lebat, banjir berlaku dan muncul berpuluh-puluh tasik misteri.

Padang pasir atau Gurun Badain Jaran yang terletak di antara China dan Mongolia yang meliputi kawasan seluas 49,000 meter persegi. Menjadikannya padang pasir ketiga terbesar di China.

Sememangnya diakui walaupun tidak ramai orang yang biasa dengan padang pasir ini, namun ia dikenali kerana mempunyai bukit pasir pegun paling tinggi di dunia. Beberapa bukit pasir ini telah diukur mencapai ketinggian lebih 500 meter. Badain Jaran mempunyai iklim yang sangat gersang dengan hujan tahunan antara 50-60mm.

Badain Jaran dikatakan keadaannya sangat kering, salah satu ciri yang paling luar biasa gurun Badain Jaran ialah kewujudan hampir 140 tasik tetap yang terletak di antara bukit-bukit pasir. Tasik ini yang membuatkan padang pasir namanya menjadi “tasik misteri” di Mongolia oleh kebanyakkan pelancong online dari seluruh dunia.

 

Beberapa tasik misteri dipercayai terbentuk oleh mata air bawah tanah yang mengalir dalam bentuk simpanan kerikil dan muncul antara bukit-bukit. Sumber air pelik ini kemungkinan dari air hujan dan cairan salji di pergunungan sekitar ratusan padang pasir yang beberapa kilometer jauhnya.

Namun apa yang pelik, walaupun mata air adalah air tawar, kebanyakan tasik adalah masin, yang dijelaskan oleh kadar yang tinggi penyejatan. Beberapa tasik bertukar warna kerana kehadiran populasi besar alga, air garam dan mineral. Penyejatan juga telah membawa beberapa tasik hypersaline untuk membentuk kerak garam sekitar pinggir tasik.

Sejak beberapa dekad kebelakangan ini, beberapa tasik ini telah mengering atau hilang, akibat daripada kekurangan air bawah tanah yang disebabkan oleh proses perbandaran, pengairan, pelencongan air, dan peningkatan penduduk.

Jom lihat video penuh di bawah

Tidak ada sesiapa pernah menjangka di tanah gersang boleh terjadinya secara tiba-tiba tasik misteri yang banyak dan bertahan bertahun-tahun hanya dengan hujan sehari sahaja. Mungkin bagi kita yang melihatnya sebagai suatu keindahan yang patut ditatapi, namun berbeza buat penduduk setempat yang menganggap itu adalah keajaiban dan rahmat buat mereka.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Lubok Viral

Sumber: khalifahmailonline

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *