SPRM Tahan Peguam Terkemuka, Muhammad Shafee Dan Akan Didakwa Hari Ini

Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah iaitu peguam terkemuka yang sering mewakili kes-kes Umn0 dan BN akan didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini atas empat pertuduhan pengubahan wang haram yang melibatkan dengan IMDB.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Azam Baki yang telah mengesahkan perkara itu berkata bahawa Muhammad Shafee akan didakwa di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLA).

Dalam pada itu, Malaysiakini difahamkan Muhammad Shafee ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) awal pagi tadi dan di bawa ke pejabat SPRM Kuala Lumpur untuk di ambil keterangan.

Shafee dijangka dibawa ke Kompleks Mahkamah di Jalan Duta untuk didakwa berkenaan aliran wang tunai yang masuk ke dalam akaunnya yang disyaki mempunyai kaitan dengan isu IMDB.

Terdahalu pada 7 September lalu, Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberitahu, pasukan peguamnya sudah menyerahkan afidavit yang ditandatangani oleh pegawai Jabatan Peguam Negara mengesahkan dakwaan pembayaran dibuat kepada Muhammad Shafee.

Beliau yang juga suami kepada Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Datin Seri Wan Azizah mendakwa pembayaran sebanyak RM9.5 juta itu dibuat oleh bekas perdana menteri Malaysia antara September 2013 sehingga Februari 2014.

“ Semua sedia maklum bahawa Muhammad Shafee bertindak sebagai pendakwa raya khas dalam rayuan terhadap pembebasan saya bermula Julai 2013 sehingga selesai di Mahkamah Persekutuan pada Februari 2015.

“ Saya mengulangi bahawa Muhammad Shafee tidak sepatutnya dibenarkan bertindak sebagai pendakwa raya dalam kes rayuan tersebut. Pelantikan seorang pendakwa raya bukanlah amalan biasa bagi Peguam Negara dan lebih ganjil lagi yang dilantik itu seorang kenalan rapat bekas perdana menteri ( N4jib),” katanya.

Bagaimanapun sehari kemudian, Muhammad Shafee menafikan menerima bayaran RM9.5 juta daripada akaun bank peribadi bekas pedana menteri. Katanya beliau sudah menafikan tuduhan berkenaan seperti direkodkan dalam afidavit pada 3 Ogos 2017 dalam kes saman Anwar di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Sekiranya mereka yang didapati bersalah mengikut Seksyen 4(1)(b) AMLA boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 15 tahun dan boleh didenda minimum lima kali ganda hasil aktiviti haram atau RM5 juta, mana yang lebih tinggi.

Sumber: malaysiakini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *