Sharnaaz buka mulut mengenai pelajar gelar cikgu pondan

Guru merupakan org yang mengajarkan kita dengan berbagai-bagai ilmu pengetahuan dan mendidik kita menjadi orang yang berguna pada masa akan datang.

Tingginya pangkat atau kedudukan seseorang itu mereka adalah merupakan bekas seorang pelajar yang tetap terhutang budi kepada gurunya yang pernah mendidiknya pada masa lampau.

Terdahulu, tular sebuah video menunjukkan seorang wanita berang apabila anaknya didakwa dirotan pada lengan dan paha gara-gara melabelkan guru lelakinya sebagai ‘ah kua’ (pondan).

Kejadian yg menimpa seorang pelajar perempuan sebuah sekolah menengah berbirat akibat dirotan selepas dikatakan memanggil seorang guru lelaki sebagai “pondan” mengundang pelbagai reaksi masyarakat dan warganet.

Tidak ketinggalan juga yang dpt berkongsi pandangan berhubung isu berkenaan ialah pelakon Sharnaaz Ahmad yang mempertahankan tindakan guru terbabit.

Menurut Sharnaaz lagi, setiap pelajar yang melakukan kesalahan wajar dihukum kerana ia merupakan salah satu proses untuk mendidik setiap pelajar menjadi lebih baik untuk dapat menjaga akhlak yg baik nanti.

“Menghormati guru adalah wajib dan kelakuan menghina guru secara terang-terangan adalah satu perbuatan yang keji.

“Hukuman banyak caranya tetapi zaman sekarang susah sebab mak ayah zaman ini bukan seperti dahulu,” katanya.

Pada itu juga, Sharnaaz turut memberi cadangan bagi menangani masalah disiplin dalam kalangan pelajar mengikut perkembangan semasa tanpa membabitkan hukuman secara fizikal.

Aku manusia hari ini kerana didikan klasik guruku. Shame on you girl.Sharnaaz membuat satu perkongsian itu melalui Instastory nya.

Selain itu Sharnaaz turut meluahkan rasa terima kasih di atas jasa guru-gurunya dalam mendidik hingga dia menjadi manusia yang lebih berguna pada hari ini.

“Cara paling senang adalah buang sekolah dan terus beri penilaian kepada sekolah baharu mereka.

“Masuk sekolah budak nakal, jangan tanya kenapa kena layan serupa askar.

“Masa itu tengoklah anda nak mengadu pada mak atau nak menangis dalam jamban,” ujarnya.

“Aku wakil pelajar selalu kena rotan, selalu kena berdiri ketika perhimpunan.

“Terima kasih cikgu kerana telah mendidik aku dengan rotan, pemadam papan hitam, tong sampah dan juga buku bahasa Malaysia yang melayang ke muka.

“Kerana anda cikgu, hari ini aku berjaya menjadi seorang pelakon yang fasih menggunakan bahasa sastera dalam lakonan.

Wanita itu turut mempertikaikan tindakan guru terbabit memukul anaknya sehingga menyebabkan paha dan lengan anaknya lebam.

Dari dulu kita diajar supaya menghormati guru dan memuliakannya sebagaimana kita memuliakan ibu bapa kita.kerana merekalah menyampaikan ilmu kepada kita untuk kebahagiaan di dunia dan di akhirat. dan pengganti ibu bapa kita bila di sekolah.

Kredit:MstarOnline

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*