Setelah Lama Berteka Teki, Akhirnya Ini Punca Perkahwinan Awi Dan Atikah Dibatal

Sehari dua ini peminat seni hiburan yang mengikuti rapat perkembangan industri seni pasti mengetahui kisah perkahwinan Awi Rafael dan Atikah Suhaimi yang dikhabarkan dibatalkan pada saat saat akhir.

Disangkakan panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari.

Mungkin pepatah Melayu itu tepat untuk menggambarkan perasaan peminat yang menanti pasangan selebriti Atikah Suhaime dan Awi Rafael mengakhirkan kisah cinta mereka di jinjang pelamin.

Biarpun dijadualkan bakal bernikah pada Ahad, hubungan Atikah dan Awi ternoktah semalam apabila bakal pengantin lelaki itu membuat sidang media secara live di media sosial.

Tertanya tanya apakah punca berlakunya pembatalan saat akhir ini, sudah pasti ramai peminat mengaitkannya dengan skandal lampau Atikah dengan pelakon Idris khan dan juga Ammar Alfian.

Tetapi bagi bertindak adil, tidak sewajarnya para peminat berteka teki sehingga sanggup menjatuhkan hukuman terhadap kisah lampau beliau.

Namun begitu, jika dilihat melalui penjelasan Awi sudah pasti ramai yang menganggap masalah berpunca daripada Atikah apabila melalui status yanh dikemaskini, seolah olah Awi begitu terkesan dengan apa yang berlaku sehingga mengambil jalan untuk tidak meneruskan perkahwinannya dengan Atikah.

Menerusi laman sosial Twitter dan Instagram, peminat berkongsi rasa yang menyayat hati dan turut merasai kesedihan Atikah dan Awi.

Biarpun tidak menjelaskan sebab sebenar mengapa perkahwinan mereka dibatalkan, rata-rata netizen mendoakan agar Atikah dan Awi bahagia memilih jalan hidup sendiri selepas ini.

Menerusi ruangan Instagram Stories, Atikah juga berkongsi beberapa keping foto dirinya menyarungkan busana pengantin yang sepatutnya digayakan semasa majlis perkahwinannya Ahad ini.

Perkongsian tersebut mengundang simpati ramai apabila Atikah juga meluahkan perasaannya menerusi ruangan terbabit.

Menurut entri terbaru di laman insta Atikah, beliau mengucapkan terima kasih kepada Awi kerana menjaganya dengan baik sepanjang menjadi tunangannya.

Sepanjang melalui fasa yang sukar bergelar anak seni, Atikah dilihat agak tabah bila berhadapan dengan ujian terutamanya apabila gambar beliau bersama Idris Khan tersebar luas di Internet.

Dilihat tidak melarikan diri dari situasi tersebut beliau mengambil pendekatan untuk berhadapan dengan khalayak ramai berbanding orang lain yang pastinya akan mengelakkan diri.

Pendekatan Atikah itu mendapat pujian netizen yang mengatakan bahawa jarang jarang pendedahan seperti ini dibuat di media sosial. Kenyataan itu turut mendapat sokongan daripada netizen yang turut mengucapkan agar Atikah bersabar dengan ujian yang dihadapi.

Awi dan Atikah mengikat tali pertunangan pada 17 Mac tahun lalu di Singapura dan merancang untuk berkahwin pada ahad ini. Namun sehingga kini masih belum ada penjelasan yang dibuat mengenai sebab pembatalan petkahwinan tersebut sehinggalah bapa Atikah Suhaimi memaklumkannya di media sosial bahawa beliaulah yang sebenarnya membatalkan perkahwinan tersebut.

Lubokviral

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *