Sempoi Sharifah Sakinah Bikin Parodi YB Melaka Langsi

Selain terkenal dengan sikap gila-gilanya, pelakon Sharifah Sakinah turut dikenali ramai dengan kelantangannya bersuara memberi pendapat mengenai sesuatu isu yang timbul.

Semalam tular di Facebook video YB Pengkalan Batu, Norhizam Hassan Baktie yang sedang bertikam lidah dengan penduduk kampung di Melaka.

Berikutan itu, pelakon dan pengacara itu tidak mahu melepaskan peluang untuk memuat naik sebuah video parodi berkaitan isu yang sedang hangat diperbualkan netizen itu.

Menerusi Instagram, Sharifah Sakinah atau lebih mesra dengan panggilan Kinah telah memuat naik naik sebuah video parodinya.

Di dalam video tersebut, aksi pelakon drama Girlfriend Aku Dari Neraka itu yang berpura-pura sedang memarahi rakannya sehingga membuat rakannya itu pula kelihatan seperti ‘malu-malu kucing’ sebelum beredar daripada sofa.

Di belakang, boleh kedengaran dengan jelas suara Kinah menempelak menyebut “Aku artis ke kau artis?” kepada rakannya itu.

Aku artis ke kau artis?

Meskipun tidak ditujukan kepada mana-mana pihak, namun majoriti pengikutnya di Instagram dapat mengagak siapa sebenarnya yang dimaksudkan oleh Kinah dalam video tersebut.

Kuat menganjing Kinah ni…

Selain itu, terdapat juga mereka yang memuji daya kreativiti pelakon ini menghasilkan parodi yang hebat serta sikapnya yang agak kuat ‘menganjing’ itu.

Beberapa minggu yang lalu, video Sakinah telah menganjing Janna Nick setelah pengacara Melodi itu menawarkan khidmat ucapan hari lahir dengan bayaran RM50. Apa pun, tak dapat dinafikan, Kinah ni memang laju menganjing orang.

Parodi🤣🤣

Posted by SembangBimbang on Wednesday, 10 October 2018

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Like Page LubokViral

Sumber : IG Sharifah Sakinah / sembangkenchangtoq / kakihavoc

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *