Selain Jelita Dan Bermata Biru, Lelaki Melayu Ini Bongkar 10 Nikmat Kahwin Dengan Wanita Morocco

Sejak berabad lamanya perkahwinan campur sudah wujud sehingga dalam agama sekalipun kita disaran untuk berkahwin campur. Kahwin campur terbahagi kepada tiga kategori iaitu kahwin campur antara kaum, kahwin campur antara negara dan kahwin campur antara agama.

Malah mungkin ada di kalangan ahli keluarga, saudara-mara atau rakan-rakan kita yang berkahwin dengan warga asing. Kebiasaannya rakyat Malaysia yang berkahwin campur gemar memilih pasangan hidup dari negara Jepun, Arab, China, Thailand, Bangladesh, Pakistan, Nigeria, Amerika. Paling tidak pun dengan warga Indonesia.

Berkahwin dengan warga negara jiran sudah biasa kita dengar malah sudah tidak pelik lagi. Tetapi amat jarang kita mendengar rakyat Malaysia berkahwin dengan warga Morocco yang mana merupakan sebuah negara yang terletak di Afrika Utara.

Adakah selepas ini rakyat Malaysia terutamanya kaum lelaki akan “berubah selera” selepas membaca pendedahan dari seorang Trader terkenal dari Malaysia yang di kenali sebagai Encik X ini. Mari kita baca apakah antara pengalaman menarik Encik X selepas berkahwin dengan gadis Morocco.

Di sini adalah 10 perkara menarik jika berkahwin dengan gadis Morroco atau juga dikenali Maghribi

1- Saya berkahwin dengan isteri, seorang gadis Morroco. Umur 27 tahun. Kami tinggal di Malaysia sebaik saja saya menikahinya. Beza usia dgn saya hampir 15 tahun. Di Moroko, gadis berkahwin pada usia 27 tahun di kira sudah lewat. Secara purata mereka berkahwin pada usia 21 hingga 25 tahun.

2- Mazhab mereka adalah Maliki. Batal air wudhuk tidak sekerap kita yang bermazhab Syafie. Ini kerana di sana kurang air. Bapa mertua saya amat hairan bila tengok saya kerap mengambil wudhuk semasa saya di sana.

3- Boleh di katakan daripada 10 org, 8 daripada gadis Morocco adalah jelita. Sesetengahnya bermata biru.

4. Belanja untuk perkahwinan hanya RM4000 di sana. Jika saya buat majlis makan-makan sempena perkahwinan di sana pun, saya hanya perlu belanjakan RM10,000 sahaja. Jauh lebih jimat berbanding di Malaysia.

5- Rupanya gadis Morocco sebenarnya berminat juga dengan jejaka luar. Ini kerana jejaka Morocco jenis suka lepak kedai. Jadi, peluang terbuka untuk jejaka luar menjadikan mereka sebagai isteri.

6- Jika mahu menjadi sebahagian daripada mereka, ibu bapa gadis tidak sewenang-wenangnya menerima orang luar. Kecuali jika ada introducer yang mereka kenali.

7- Kalau ikut purata, kehidupan di Morocco bukanlah mewah sangat. Mereka hidup biasa-biasa sahaja seperti kita di Malaysia. Saya memberikan mertua saya RM300 sebulan.

8- Kami tidak kerap pulang ke Morocco membawa isteri saya pulang berjumpa ibu bapanya. Kami hanya terbang ke Morocco setahun sekali sahaja.

9- Ibadah korban umpama wajib di Morocco. Mereka korbankan binatang seekor seorang. Bukannnya seekor binatang dibahagi bahagian dengan berkongsi bayar seperti di Msia. Ini kerana harga binatang di sana sangat murah. Mereka hairan kerana di Malaysia, kita berkongsi bahagian dan tidak semua orang berkorban secara individu seperti mereka.

10- Boleh dikatakan gadis Morocco mempunyai ketaatan yang tinggi terhadap suaminya. Hidup saya dengan gadis Morocco ini tidak menjadikan saya tertekan kerana kos hidup di sana juga tidak tinggi serta kehidupan mereka yang biasa hidup dalam keadaan sederhana.

Untuk makluman artikel ini hanyalah sekadar perkongsian pengalaman individu tersebut, mungkin mengundang ketidakpuasan hati di kalangan gadis tempatan selepas membacanya. Di harapkan pembaca tidak perlu ambil serius berkenaan perkongsian ini.

Untuk makluman artikel ini hanyalah sekadar perkongsian pengalaman individu tersebut, mungkin mengundang ketidakpuasan hati di kalangan gadis tempatan selepas membacanya. Di harapkan pembaca tidak perlu ambil serius berkenaan perkongsian ini.

sumber: Cariforum Celotehsaje

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *