“Sebagai Adik Saya Sentiasa Menyokong Ziana” – Anuar Zain

Penyanyi Anuar Zain mengambil keputusan untuk tidak memberi sebarang komen mengenai kemelut yang terjadi dalam rumah tangga kakak nya, Ziana Zain.Menurut Anuar, sebagai seorang adik dia sentiasa menyokong sebarang keputusan yang dilakukan oleh kakak nya itu.

“Saya tidak mahu memberi sebarang komen mengenai isu ini kerana ia sudah menjadi kes mahkamah.

“Sebagai seorang adik saya sentiasa menyokong apa jua keputusan yang di laku kan kerana dia merupakan ahli keluarga saya.

“Namun saya juga menghormati hormati Armin sebagai abang ipar kerana dia juga merupakan sebahagian daripada keluarga saya.

“Saya berharap agar orang ramai dapat memberi ruang kepada Ziana untuk menyelesaikan masalah ini tanpa memberi sebarang tekanan kepada dirinya,” katanya kepada Astro Gempak.

Anuar Zain berkata demikian selepas selesai konsert Bunga Citra Lestari, Anuar Zain dan Yuka Kharisma Live In Concert di Dewan Plenari, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), pada Sabtu.

Sebelum ini kemelut rumah tangga Ziana Zain mula diperkatakan ramai selepas Armin didakwa awal Mac lalu atas tuduhan mencederakan anak lelaki mereka pada 25 Februari lalu.

Ziana juga telah memfailkan perceraian di Mahkamah Syariah Shah Alam, awal April lalu.

Teks Oleh: Rozaimi Zubaidi
Foto: Google

sumber: Gempak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *