Saya Bayar Secara Konsisten Seperti Perjanjian Tapi Kenapa Paksa Kami Bayar Lebih Pula

KUALA LUMPUR – Keresahan peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) akan diadukan kepada Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung pelaksanaan kaedah bayaran balik pinjaman secara progresif atau potongan gaji berjadual (PGB) bermula Januari 2019.

Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi jaminan akan mengemukakan nota segera kepada Perdana Menteri bagi meminta ketetapan baharu PTPTN ini dikaji semula oleh Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik dan Pengerusi PTPTN, Wan Saiful Wan Jan.

“Saya akan kemukakan keresahan dan kegelisahan peminjam-peminjam PTPTN untuk pertimbangan semula oleh Menteri Pendidikan dan Pengerusi PTPTN.

“Saya juga akan beri nota segera, bagi saya lima minit, saya akan hantar kepada Perdana Menteri minta dikaji semula. Jika ada pandangan sebegini, saya pasti Maszlee dan Wan Saiful akan teliti semula.

“Saya sedar mengenai perkara itu, banyak juga mesej yang dikirim kepada saya. Dari pengundi Port Dickson, Permatang Pauh, semua penuh. Bahkan daripada ahli-ahli PKR semua dapat. Semua tekanan itu kami hadapi, ia melibatkan ahli-ahli keluarga mereka,” katanya ketika ditemui media di lobi Parlimen, hari ini.

Ketika ditanya berkenaan prestasi yang Maszlee selaku Menteri Pendidikan, Anwar sekadar memberi reaksi ia masih baharu.

“Dahla,… baru enam bulan,” katanya ringkas.

Semalam, Wan Saiful mengumumkan peminjam PTPTN  yang berpendapatan lebih RM2,000 sebulan selepas ini tidak boleh ‘culas’ membayar balik selepas skim PGB dilaksanakan mulai Januari ini.

Ia berikutan skim berkenaan yang seperti sistem Potongan Cukai Berjadual (PCB) Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), akan berhubung terus dengan majikan yang akan menolak gaji pekerja yang mempunyai pinjaman PTPTN secara mandatori.

Katanya, pihaknya akan mengeluarkan arahan kepada majikan untuk membuat potongan gaji mengikut peratus yang ditetapkan dalam skim PGB.

PERATUSAN POTONGAN MENGIKUT PENDAPATAN

Kurang RM2,000: 0 peratus

RM2,001 hingga RM2,499: 2 peratus (RM40-49.99)

RM2,500 hingga RM2,999: 3 peratus (RM75-89.99)

RM3,000 hingga RM3,999: 5 peratus (RM150-199.99)

RM4,000 hingga RM5,999: 8 peratus (RM320-479.99)

RM6,000 hingga RM7,999: 10 peratus (RM600-799.99)

RM8,000 dan ke atas: 15 peratus (RM1,200 ke atas)

BELANJAWAN 2019 : JADUAL POTONGAN GAJI MENGIKUT PENDAPATAN Kerajaan prihatin dengan menaikkan kadar gaji minimum dari…

Posted by Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) on Wednesday, December 5, 2018

Berkaitan perkara tersebut, Pemuda Umno meramalkan kerajaan akan membatalkan atau meminda pelaksanaan Potongan Gaji Berjadual (PGB) Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) selepas mesyuarat Kabinet esok.

Naib Ketua Pemuda Umno, Shahril Sufian Hamdan berkata, ini berikutan ramai pemimpin dan wakil rakyat PH sendiri menentang cadangan tersebut.

“Boleh bayangkan lepas mesyuarat Kabinet esok, cadangan dibatalkan atau dipinda. Sebab ‘game’ macam ini dah jadi kelaziman sekarang.

“Banyak perkara lain bawah kerajaan PH ini dia yang cadang, dia yang ‘gostan’ (undur). Lepas itu dia jadi hero kami dengar suara rakyat,” katanya dalam kenyataan di Facebooknya hari ini.

Sementara itu, Exco Pemuda Umno, Fadzmel Fadzil pula berkata, pelaksanaan PGB  hanya akan menekan golongan berpendapatan sederhana dan sederhana rendah ditambah kos sara hidup yang semakin meningkat.

“Saya rasa mekanisme yang diperkenalkan PTPTN dulu lebih elok dan boleh ditambah baik.

“Jangan hanya dibuai kuasa, nak rombak semua sampai kesilapan demi kesilapan terjadi. Air beriak tanda tak dalam, biar beringat langsung demi rakyat,” katanya.

Berdasarkan atas pemerhatian keatas laman fb rasmi PTPTN kenyataan berkaitan jadual pembayaran baru tersebut ternyata benar dan mendapat reaksi negatif rakyat.

Rata rata mengatakan bahawa ianya tidak adil bagi pembayar aktif PTPTN yang melaksanakan pembayaran berdasarkan jumlah minima yg ditetapkan dengan konsisten

Banyak komen komen netizen yang boleh dilihat dibawah

Sumber sinar harian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *