Sambut Tahun Baru Di Dubai, Datuk Siti Belanja Vid€0 Bunga Api Burj Khalifa

Tepat jam 12 tengah malam semalam, percikan bunga api berwarna-warni menghiasi ruang udara di seluruh negara mengalu-alukan kemunculan tahun baharu 2019.

Walaupun tahun 2018 dipenuhi dengan pelbagai peristiwa yang meninggalkan kenangan pahit dan manis, namun kedatangan tahun baharu disambut dengan cukup meriah menerusi pelbagai acara di seluruh negara, disertai ribuan rakyat berbilang kaum dan agama.

Di Putrajaya Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bersama ribuan rakyat Malaysia menyambut detik tengah malam tahun baharu 2019 di Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan dengan sinaran lampu berwarna-warni dan pertunjukan bunga api, termasuk bunga api digital.

Acara sambutan tahun baharu penuh aneka warna itu bersempena Festival Light and Motion Putrajaya (LAMPU) 2018 di Dataran Putrajaya, di sini.

Dr Mahathir bersama isteri Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali yang tiba di Dataran Putrajaya pada 11 malam disambut Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Abdul Samad.

Sejurus tiba Dr Mahathir dan Dr Siti Hasmah menyaksikan persembahan ‘Projection Mapping LAMPU 2018”.

Selepas detik tengah malam, Dr Mahathir dan para pengunjung menyaksikan pertunjukan bunga api dan bunga api digital selama enam minit, kemudian berkumandang ‘Negaraku’.

Persembahan yang dinanti rakyat Malaysia sudah semestinya tertumpu di pusat pentadbiran negara Putrajaya. Pemandangan indah percikan bunga api di sana turut dikongsikan secara langsung di beberapa stesyen televisyen tempatan untuk tontonan rakyat yang bercadang untuk meluangkan masa dirumah bersama keluarga sahaja.

Jom kita lihat sekitar sambutan menyambut tahun baru di Dataran Putrajaya semalam :

Tetapi apa yang menarik hati adalah perkongsian Datuk Siti Nurhaliza yang menyambut tahun baru bersama keluarganya di Dubai.

Melalui video yang dimuat naik ke laman instagram beliau, detik count down tahun baru di Dubai dilaksana sekitar bangunan paling tinggi dunia Burj Al Khalifa yang menjadi ikonik negara UAE tersebut.

Tepat jam 12 tengah malam waktu tempatan disana, percikan bunga api tahun baru dilepaskan di sekitar bangunan tersebut secara berperingkat sebelum bunga api mega dilepaskan melalui puncak bangunan tersebut.

Menarikkk

Posted by ApeAjer on Tuesday, 1 January 2019

Rata-rata pengunjung dan pelancong disana nyata terpegun dengan teknik dan konsep persembahan kali ini. Sorakan dan jeritan jelas kedengaran melalui video yang dikongsikan Datuk Siti.

Untung betul jadi orang kaya ni, dapat jalan-jalan menikmati pengalaman di negara orang.

Admin yang makan pagi, kais pagi ni lepas-lepas buat bayar hutang je lah tiap-tiap bulan.

Kalau ada yang nk sponsor boleh la pm admin..manalah tau ada rezeki kan. Hihihi

LubokViral

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *