Saksikan Kebolehan Yang Di-Pertuan Agong Berkenan Menyembelih Lembu Pada Raya Qurban

Seri Paduka Baginda sememangnya terkenal dengan sifat seorang Raja yang amat berhemah tinggi, mempunyai tutur kata yang lemah-lembut dan sopan santun. Baginda juga adalah seorang pemerintah yang dididik dari kecil dengan nilai-nilai pekerti serta tingkah laku yang berasaskan kepada ajaran agama dan ilmu keduniaan yang luas.Baginda amat mengambil perhatian dalam hal-ehwal agama dan juga kepada rakyat jelata terutama yang menyentuh bidang kuasa baginda sppendiri.

Selain itu , kebolehan Tuanku Sultan Muhammad V menyembelih sendiri lembu pada hari kedua Hari Raya Qurban dikagumi rakyat jelata. Mari kita saksikan bakat Seri Paduka Baginda menyembelih lembu korban pada hari raya tahun lepas. Adakah hari raya tahun ni, Yang di-Pertuan Agong juga berkenan menyembelih lembu? Sama2 kita saksikan

Yang di-Pertuan Agong berkenan menyembelih lembu

KOTA BHARU: Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V, berkenan berangkat ke Majlis Ibadat Qurban Jama’ie bagi menyempurnakan ibadat korban membabitkan 62 lembu.

Pemangku Raja Kelantan, Dr Tengku Muhammad Faiz Petra turut berangkat.

Turut berkenan hadir ialah Tengku Temenggong Kelantan, Tengku Rizam Tengku Aziz.

Program anjuran Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) itu berlangsung di Kompleks Islam Jubli Perak, Sultan Ismail Petra, di sini, hari ini.

Pada majlis itu, Sultan Muhammad V yang mengenakan baju-T hitam, berseluar sukan dan bertopi turut berkenan menyembelih tiga ekor lembu termasuk dua lembu baka Brahman seberat kira-kira 700 kilogram (kg).

Baginda meluangkan masa kira-kira sejam bersama-sama hampir 100 penduduk pada majlis ibadah korban itu sebelum berangkat pulang pada tengah hari.

Timbalan Yang Dipertua MAIK, Dr Nik Azlan Abdul Hadi, berkata, jumlah korban 62 ekor lembu tahun ini mencatat sejarah baru berbanding 42 lembu, tahun lalu.

Katanya, daging korban itu diagihkan kepada kira-kira 1,500 fakir miskin di seluruh Kelantan berdasarkan kupon yang sudah diedarkan sebelum ini.

“Setiap penerima akan mendapat dua kg daging dan pengagihan akan diadakan mulai petang ini di dua lokasi, iaitu Kompleks Islam Jubli Perak dan Masjid Muhammadi,” katanya.

sumber:  bharian

VIDEO:

10 Fakta Menarik Mengenai Yang Di-Pertuan Agong ke-15, Sultan Muhammad V

iluminasi agong sultan kelantan10

Pada Isnin, 24 April 2017 bersamaan 27 Rejab 1438H, telah berlangsungnya majlis pertabalan Sultan Muhammad ke V sebagai Yang Dipertuan Agong Malaysia ke 15 di Istana Negara, Kuala Lumpur. Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah dipilih sebagai Timbalan Yang di-Pertuan Agong untuk tempoh yang sama.

Berikut adalah beberapa fakta menarik tentang Sultan Muhammad V yang dapat kami kongsikan hari ini.

1. Nama asal baginda adalah Tengku Muhammad Faris Petra, putera sulung kepada Sultan Ismail Petra, menggunakan gelaran Sultan Muhammad V selepas ditabalkan sebagai Sultan Kelantan ke 29 pada 2010.

iluminasi agong sultan kelantan4

2. Dilahirkan pada 6 Oktober 1969, baginda mendapat pendidikan awal di Fatima Convent Kindergarten pada tahun 1975 dan 1975, Sekolah Sultan Ismail 1, Kota Bharu kemudian menyambung pendidikan di Sekolah Antarabangsa Alice Smith, Kuala Lumpur dan ke Oakham Schoold Rutland, England sehingga tahun 1989.

iluminasi agong sultan kelantan10

3. Baginda melanjutkan pendidikan dan pengajian tertiari dalam bidang kajian diplomatik di St.Cross College, Oxford serta di Oxford Centre for Islamic Studies dalam tahun 1989 hingga 1991. Pada masa yang sama beliau sempat belajar di Deutsche Stiftung Internationale Entwicklung, Berlin dan belajar bidang Pengurusan Perniagaan Eropah di European Business School London.

iluminasi agong sultan kelantan4

4. Baginda mempunyai 3 orang adik iaitu Tengku Mahkota Kelantan Tengku Dr Muhammad Faiz Petra, 42, Tengku Muhammad Fakhry Petra, 38, and Tengku Amalin A’ishah Putri, 32.

iluminasi agong sultan kelantan11 550

5. Dilaporkan yang hobi baginda adalah membaca. Baginda juga gemarkan sukan ekspedisi empat roda, menunggang kuda, menembak, memanah, bermain badminton, bolasepak, bowling dan juga gemar sukan go-kart.

iluminasi agong sultan kelantan13

6. Baginda kini dilantik sebagai Canselor Universiti Malaysia Kelantan (UMK) pada 19 September 2011.

iluminasi agong sultan kelantan

7. Beberapa perkara menarik mengenai baginda adalah baginda lebih gemar mengenakan jubah, berbaju Melayu, berkain pelekat dan berkopiah ketika menghadiri majlis di masjid.

iluminasi agong sultan kelantan8

8. Baginda juga disebut sebagai seorang pencinta haiwan. Baginda pernah memelihara tiga ekor singa sebelum dua daripadanya mati dipatuk ular. Baginda juga memlihara haiwan-haiwan lain seperti kucing, kuda, ayam dan burung sebagai hobi. (dalam gambar – Pengurus Royal Kelantan Endurance Tuan Ngah Tuan Muda bersama singa peliharaan baginda)

iluminasi agong sultan kelantan15

9. Baginda menggunakan gelaran Sultan Muhammad V kerana namanya mengandungi nama Muhammad. Baginda juga menggugurkan penggunaan lafaz “Daulat Tuanku” dan diminta ganti dengan lafaz “Allahuakbar.”

iluminasi agong sultan kelantan12

10. Nasihat berguna baginda kepada orang ramai berbunyi begini ; Sistem politik ini, bagi saya selagi ia tidak bercanggah dengan agama dan kita tidak memburuk-burukkan orang lain dalam ceramah tidak mengapa. Bagaimanapun ia bergantung atas diri masing-masing. Misalnya atas pentas ceramah, kalau sesetengah orang itu mulutnya laser, akan keluar perkataan-perkataan yang tidak elok tetapi kalau orang itu jenis orang baik, tak akan keluar kata-kata buruk ke atas orang lain. Jadi kita sendiri kena tahu bila hendak tekan brek (had). Kalau saya sendiri nak cakap apa-apa pun siapa boleh halang saya cakap tapi kita sendiri kena tahu bila hendak brek. Sebagai manusia kita kena tahu had kita di mana. Jika tidak, kita akan menjadi seperti sebuah kereta api yang out of control yang akhirnya akan terbalik.

iluminasi agong sultan kelantan16

sumber: iluminasi

Kebolehan Tuanku Sultan Muhammad V menyembelih sendiri lembu pada hari kedua Hari Raya Qurban, di Majlis Hari Raya Qurban anjuran Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Negeri Kelantan

Baginda juga begitu prihatin akan kemakmuran dan keharmonian hidup rakyat jelata. Hal demikian terserlah dalam tindakan baginda menangani permasalahan hal-ehwal kemasyarakatan dan keagamaan.

Selain itu, baginda merupakan seorang raja berjiwa rakyat dan sangat dekat di hati rakyat. Tidak hairanlah jika baginda menjadi seorang pemerintah yang dikasihi dan disegani seluruh rakyat Malaysia.

Artikal by:  ohgebang