Saksi Dedahkan Nampak Apa Yang Berlaku Kepada Adam Rayqal, Tiba Tiba Bayi Itu Terus Senyap

KUALA LUMPUR: “Anak beritahu dia nampak pengasuh goncang badan dan ketuk kepala bayi itu kerana asyik menangis. Beberapa minit kemudian, bayi itu terus senyap”.

Demikian kata Zian Hafiz Ahamad Zawati, 36, bapa kepada kanak-kanak yang turut berada di bawah jagaan pengasuh yang menjaga bayi lelaki, Adam Rayqal Mohd Sufi Naeif, lima bulan.

Dalam kejadian kira-kira jam 11 malam kelmarin, mayat Adam Rayqal ditemui diletakkan di dalam beg kitar semula di bahagian sejuk beku di dalam peti sejuk rumah pengasuh berusia 33 tahun berkenaan di Jalan Nakhoda Kiri, Batu Caves, Selangor.

Zian berkata, kedua-dua anaknya, Ahmad Zayyan Putra, 5, dan Nur Imanina Arisa Putri, 3, dihantar ke rumah pengasuh terbabit sejak dua minggu lalu.

Katanya, ketika isterinya, Norita Abdul Wahab, 40, menjemput anak mereka pada jam 6.30 petang, pada hari kejadian, pengasuh itu tidak nampak gelisah atau bingung.

“Apabila saya pulang ke rumah kira-kira 10 malam pada hari kejadian, isteri memaklumkan dia terlihat status di Facebook mengenai kehilangan bayi berkenaan sebelum dikejutkan dengan berita kematiannya, pagi semalam.

“Sebaik bangun dari tidur kira-kira jam 9 pagi semalam, saya bertanya kepada anak sulung sekiranya dia ada melihat sesuatu yang berlaku ketika berada di rumah pengasuh itu.

“Zayyan memaklumkan dia melihat pengasuh berkenaan menggoncang badan dan mengetuk kepala bayi itu kerana dia (Adam) asyik menangis sejak pagi sebelum tiba-tiba senyap,” katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini.

Zian berkata, isterinya mengenali pengasuh itu melalui Facebook dan bersetuju menggunakan khidmat wanita berkenaan dengan upah RM650 sebulan untuk menjaga kedua-dua anaknya.

“Sepanjang tempoh itu, anak-anak tidak pernah mengadu apa-apa mengenai pengadu. Malah, Zayyan memaklumkan wanita itu kerap memberi mereka makan nasi ayam sehingga saya perasan anak bertambah berat badan.

“Apabila perkara ini terjadi, saya amat terkejut dan takut pada masa sama kerana kejadian itu boleh terjadi kepada anak-anak saya,” katanya yang menetap di Bandar Baru Selayang, Gombak, Selangor.

Katanya, kejadian yang menimpa Adam Rayqal menimbulkan rasa bimbang untuk menghantar anak mereka kepada pengasuh.

“Zayyan pernah didera oleh pengasuh sebelum ini menyebabkan saya bimbang untuk menghantar anak-anak kepada pengasuh, namun tiada apa boleh dilakukan memandangkan saya dan isteri bekerja.

“Buat masa ini, saya dan isteri bergilir-gilir menjaga kedua-dua anak saya sementara menunggu mendapat pengganti pengasuh baharu,” katanya yang bekerja sebagai pembantu pengurus di sebuah kelab golf. sumber : BHarian

Pengasuh Adam Rayqal mungkin mengalami kemurungan – Jiran

KUALA LUMPUR 4 Julai – Pengasuh kepada bayi lelaki Adam Rayqal Mohd. Sufi Naeif didakwa mengalami kemurungan namun tahap keseriusan penyakitnya tidak dapat dipastikan.

Jiran suspek, Asrul Hamizam berkata, pengasuh terbabit didakwa seorang ibu tunggal dan mempunyai seorang anak.

Ujar Asrul, selain mengasuh suspek juga didakwa menjalankan perniagaan makanan dalam talian.

“Suspek merupakan penduduk setempat dan difahamkan keluarganya tinggal di Sungai Tua, dekat sini dan suspek juga pernah membeli burger di gerai saya beberapa kali.

“Suspek sangat peramah, tidak sangka dia tergamak lakukan perkara ini mungkin ketika kejadian dia berada dalam keadaan penat dan hilang pertimbangan apa yang dilakukannya,” katanya ketika ditemui hari ini.

Semalam, polis menemukan mayat bayi lelaki Adam Rayqal Mohd. Sufi Naeif yang sebelum ini dilaporkan hilang selepas didakwa diambil seorang lelaki di rumah pengasuhnya di Jalan Nahkoda Kiri Tiga, Kampung Nakhoda, Batu Caves dekat sini malam tadi.

Mayat Adam Rayqal yang berusia lima bulan itu ditemukan dalam keadaan lengkap berpakaian dan berbalut kain napkin serta dimasukkan ke dalam beg berwarna hijau dalam bahagian sejuk beku peti ais dua pintu di rumah berkenaan.

Susulan itu, polis menahan pengasuh berusia 33 tahun dan rakan serumahnya yang berusia 36 tahun di rumah sewa mereka semalam.

Sumber UTUSAN ONLINE / http://matbawang.com

8 Comments on “Saksi Dedahkan Nampak Apa Yang Berlaku Kepada Adam Rayqal, Tiba Tiba Bayi Itu Terus Senyap”

  1. First ooff I would like to say superb blog!

    I had a quick question that I’d like to ask if you do not mind.
    I was interested to know how you center yourself and clear your
    thoughts prior tto writing. I’ve had difficulty clearing my thoughts in getting
    my thoughts out. I do enjoy writing however it
    just seems like the firrst 10 to 15 minutes are generally lost just trying to figure out how to begin. Any recommendations or hints?
    Kudos! http://jackfrench.net/__media__/js/netsoltrademark.php?d=shortlinks.esy.es

  2. First off I would like to sayy superb blog!
    I had a quick question that I’d lke to ask iff you do not mind.
    I was interested tto knjow how you center yourself and clear your thoughts prior to writing.
    I’ve had difficulty clearing my thoughts inn getting my thoughts out.
    I do enjoy writing however it just seems like the firs 10 to 15 minutes are generally lost just trying
    to figure out how to begin. Any recommendations or hints?Kudos! http://jackfrench.net/__media__/js/netsoltrademark.php?d=shortlinks.esy.es

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *