Sajat Dan Dato Aliff Syukri Bikin Kecoh Ketika Sesi Rakaman Lagu Terbaru Mereka

“SEMUA BENDA PUN KAU NAK REKOD….” – SAJAT BERGADUH LAGI DENGAN DATO’ ALIFF!

Sebelum ini pernah kecoh apabila pengasas D’Herbs, Dato’ Aliff Syukri memarahi Sajat dan menggelarnya lembab ketika menjalani penggambaran sebuah muzik video Abang Nak Tegur apabila Sajat dikatakan tidak pandai menari.

Namun kali ini, giliran Sajat pula yang memarahi jutawan kosmetik itu kerana sering merakamkan video sehingga mengakibatkan mereka perlu mengulangi nyanyian hampir 10 kali.

Menerusi video berdurasi 51 saat yang dimuat naik oleh Aliff Syukri itu, kelihatan mereka berdua sedang bergaduh mulut sehingga Sajat membaling kertas pada BFF-nya itu. Tindakan Sajat yang melenting sampai ke tahap menengking Aliff Syukri serta mengutuk suara rakannya itu tidak sedap telah mendapat perhatian pengikut mereka di Instagram.

Kejap baik, kejap gaduh.

Rata-rata netizen mengatakan posting tersebut hanyalah gimik semata-mata untuk mempromosikan lagu terbaru mereka. Malah ada juga mengatakan apa yang dikatakan Sajat ada betulnya kerana Aliff Syukri kelihatan tidak serius dalam pembikinan rakaman lagu baru mereka.

Walau bagaimanapun, ada sesetengah pengikutnya memerli emosi Sajat yang kononnya sedang mengalami tempoh datang bulan yang menyebabkan beliau melenting kerana hal yang kecil.

Video Lawak pula tengok telatah dato Aliff Syukri dalam rakaman lagu terbaru mereka di indonesia.

Aduhai telatah antara Dato aliff Syukri dan sajat dalam pembikinan lagu terbaru mereka di studio Indonesia. Kelihatan seperti Dato tidak berpuas hati dengan sajat yang sentiasa nasihatkan agar dato sentiasa fokus dalam nyanyian nya. Akhir akhir video tu kelihatan seperti suasana agak riuh, jom lihat video penuh dibawah ya.

i miss u my family…. sy terpaksa pergi.. semoga sy berjaya melebar bakat sy di jakarta.. @shahidadherbs @yusoffalqardawi

Jom lihat video nya dan jangan lupa komen  :

sesetengah netizen ada juga menyifatkan dato aliff syukri sebagai seorang yang berani mencuba nasib dalam menceburi pelbagai bidang. walau apa pun min harapkan, doakan agar dato aliff syukri dan keluarga semoga berjaya dunia dan akhirat.

sumber

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *