Sah menjadi milik JDT, Akhyar menjadi sasaran peminat

Akhirnya terjawab sudah persoalan yang menjadi tanda tanya kepada peminat bola sepak tempatan selama ini.

Bekas pemain Skuad Helang Merah, Akhyar Rashid akhirnya sah menyertai pasukan Harimau Selatan, Johor Darul Takzim atau lebih dikenali dengan panggilan JDT.

Perkara ini diumumkan oleh JDT melalui laman rasmi mereka, Johor Southern Tigers di mana mereka telah memuat naik video Akhyar Rashid memasuki bilik persalinan mereka.

Ramai yang telah menjangkakan bahawa JDT akan menjadi pilihan Akhyar Rashid, berdasarkan beberapa faktor yang sememangnya telah diketahui umum. Selain merupakan kelab yang mahsyur dengan kemenangan demi kemenangan, JDT juga telah membuktikan bahawa mereka memiliki prasarana yang terbaik yang pastinya menjadi idaman setiap pemain untuk berlatih dan bermain di stadium keramat mereka.

Selain itu, semestinya faktor kewangan menjadi pemberat bagi Akhyar memilih untuk menyarung jersi merah biru pada musim 2019. Siapa yang tak mahu kan? Boleh beli Mustang bai. Lihat saja la komen komen sinis peminat bola sepak Malaysia. Tak pernah tak kelakar.

Sampaikan ada yang komen, kalau banyak duit, pompuan lawa senang nak dapat, inikan pula pemain bola. Betul la bak kata Husin Lempoyang. “Berniaga manusia lagi bagus daripada unta”.

Bijak Tan Sri P.Ramlee bikin filem. Kena sangat la dengan kes perpindaha Akhyar ni. Ramai yang tertanya tanya berapakah jumlah wang tebus kontrak yang perlu dibayar oleh JDT kepada KFA.

Pengarah Sukan JDT FC, Martin Press membuat kenyataan bahawa mereka membayar RM12, 000, 000 bagi mendapatkan khidmat pemain berusia 19 tahun itu. Tak cukup dengan itu, ditambah pula dengan RM75, 000 untuk bayaran pembangunan dan RM100,000 sebagai tanda penghormatan terhadap usaha Kedah mengembangkan bakat Akhyar.

Isu perpindahan pemain daripada mana mana pasukan ke pasukan lain bukanlah satu perkara yang luar biasa. Perkara ini kerap berlaku samada di dalam negara ataupun liga luar negara. Cuma usaha kelab baharu memancing pemain yang sering mencetuskan pertikaian. Kena gentle la kan. Jangan guna pintu belakang. Tuan rumah pun tak marah. Hehehehe..

Apa apa pun admin doakan kejayaan Akhyar Rashid di JDT dan berharap agar beliau tidak sekadar berfungsi sebagai pemanas bangku simpanan di sana. Ramai yang dah menerima nasib malang sebegitu dan seterusnya mematikan pengembangan kemajuan dan karier dalam kancah bola sepak.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *