Remaja Ini Ditahan Operasi Khas Motosikal Bersepadu Sempena Aidilfitri. Ditanya Kenapa Lari, Lelaki Ini Bagi Alasan Yang Buat Polis Semua Terdiam

Video Di Atas Hanya Video Hiasan Sekatan Polis Untuk Motorsikal

Melaka: Seorang pengusaha penghantaran makanan pantas mengakui dia menggunakan nombor pendaftaran palsu pada motosikalnya kepada pegawai Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sebelum merayu segera dilepaskan kerana perlu menghantar roti John dipesan pelanggan.

Itu antara drama selain adegan menongkah arus penunggang motosikal itu pada Operasi Khas Motosikal Bersepadu sempena Aidilfitri oleh JPJ di Jalan Tun Ali dan Gajah Berang di sini, malam kelmarin.

“Tuan, boleh lepaskan saya sebab saya hendak hantar Roti John kepada pelanggan.

“Saya minta maaf kerana pakai nombor pendaftaran lain sebab bimbang motosikal kena tarik,” katanya ketika merayu.

Sejurus menyemak nombor pendaftaran yang digunakan, pegawai JPJ mendapati nombor terbabit milik Proton Wira.

Pemeriksaan turut mendapati insurans dan cukai jalan motosikal itu tidak diperbaharui selain penunggangnya juga tiada lesen memandu.

Pengarah JPJ negeri, Muhammad Firdaus Shariff berkata, Yamaha Y15 itu antara tiga kenderaan yang disita selain sebuah Honda dan Proton Wira.

Beliau berkata, operasi bermula jam 8 malam hingga jam 12 tengah malam itu membabitkan 97 anggota Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR); Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK); Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Melaka Tengah serta Jabatan Alam Sekitar (JAS).

ANTARA yang ditahan positif dadah.
“Sebanyak 754 kenderaan diperiksa dan daripada jumlah itu, kita ambil tindakan ke atas 85 kenderaan dan 79 saman dikeluarkan membabitkan 88 kesalahan.

“Kesalahan paling tinggi adalah pemandu serta penunggang tidak memiliki lesen memandu iaitu 33 kesalahan diikuti cukai jalan tamat tempoh dan tiada perlindungan insurans masing-masing 20 kesalahan,” katanya.

Dalam pada itu, Muhammad Firdaus berkata, AADK turut menahan lima lelaki berusia 17 hingga 35 tahun kerana positif syabu, opiet dan ganja.

“Remaja lelaki berusia 17 tahun itu ditahan kerana disyaki positif syabu dan AADK akan menyerahkannya kepada pusat pemulihan. “Semua yang ditahan disiasat mengikut Seksyen 31 Akta Penagihan Dadah,” katanya.

SUMBER : HMETRO ONLINE

Video Contoh Mat Rempit Lawan Arus Lari Roadblock

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *