Ramai Teruja Bila Tiba Tiba Sajat Buat Pengumuman Ini. Memang Mengejutkan

Nur Sajat, antara jutawan kosmetik di dalam Malaysia. Saing saing dengan nama Dato Seri Vida dan Aliff Syukri. Sajat antara jutawan yang boleh kita gelarkan juga sebagai selebriti terutama di dalam media sosial. Bermacam macam isu tentang sajat, dari isu produknya sendiri sehingga isu tentang jantinanya sendiri yang sampai sekarang belum ada apa apa pengesahan.

Baru baru ini Datuk Aliff Syukri menimang cahaya mata yang sangat comel dan rakan baik beliau iaitu Nur Sajat berkunjung ke rumah Aliff Syukri untuk melihat wajah comel anak Aliff Syukri, Yusoff Al Qardawai.

Wajah Yusoff Al Qardawi iaitu anak keempat Datuk Seri Aliff Syukri menarik perhatian ramai sejak hari pertama bayi itu lahir. Sesiapa sahaja yang melihat Yusoff pasti akan tersenyum dan ‘cair’ melihat kecomelannya.

Berkesempatan untuk melihat dan mendukung Yusoff sendiri, Nur Sajat juga teringin untuk mendapatkan zuriat sendiri tahun depan. Sajat juga meminta peminatnya mendoakan agar dia boleh mendapat seorang bayi yang comel seperti Yusoff.

Namun, timbul juga persoalan daripada netizen, bagaimana agaknya jika Sajat mengandung? Mereka masih meragui status sebenar jantina usahawan kosmetik itu. Memang penuh dengan misteri kan?

 

Untuk pengetahuan anda, Sajat sebelum ini mempunyai dua orang anak angkat yang merupakan pasangan kembar iaitu Nur Syaza Sajidah dan Muhammad Syahmi.

Agak mendalam betul maksud Sajat untuk peminat mendoakan dia cepat ‘lekat’, mungkinkah beliau bakal menamatkan zaman bujangnya bersama kekasih hati Coach Yin tidak lama lagi?

SUMBER : BEAUTIFUL NARA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *