Rakaman Vdeo Jalan Berhayun Tangan Ketika Turun Pentas

Yang di Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah kini sering menjadi tumpuan rakyat oleh kerana interaksi romantik mereka berdua ketika menghadiri majlis-majlis rasmi sebelum ini.

Baru baru ini, baginda berdua sekali lagi menjadi perhatian ketika hadir di Istiadat Pemasyhuran Raja Permaisuri Agong yang telah di anugerahkan sebagai Ketua Perlembagaan (Canselor) UIAM semalam.

Di Dalam satu rakaman video yang telah dimuat naik serta ianya dikongsikan di Instagram milik House of Pahang, Dilihat Yang di-Pertuan Agong dan Tuanku Azizah sedang berjalan beriringan memegang tangan antara satu sama lain sambil menghayunkan tangan mereka.

Seperti biasa, ramai warganet yang menonton cair melihat gelagat kedua-dua susuk diraja ini. Sweet!!! & Comel!!!

Semoga bahagia sampai syurga…Sweet siap hayun tangan!! “ Jeles btul bila dpt tngok pasangan yang bahagia smpai masuk syurga”.

Dengan Kemesraan yang ditunjukkan oleh baginda Agong bersama Permaisuri Tunku Azizah turut mendapat pujian warganet yang menyifatkan ia sebagai resepi sesuatu kebahagiaan pasangan itu sendiri.

Dilihatt Puteri Afzan turut sempat meninggalkan komen terhadap rakaman video ayahanda dan bondanya itu.

“ Goal sangat,” kata seorang warganet yang bersetuju dengan pandangan Puteri Afzan.

“ Sweet ayahanda dan bonda tengku puteri,” komen yang lain.

“ Comel dan ceria pasangan sejoli ni. Daulat tuanku,” tambah seorang pengguna Twitter.

Comel dan ceria pasangan sejoli ni. Daulat tuanku

Dengan aksi sepontan yang dilihat dari banginda Yang di-Pertuan Agong dan permaisuri itu seluruh Warganet turut mendoakan kesejahteraan baginda berdua agar berkekalan sehingga ke akhir hayat.

Dengan ketokohan baginda berdua amat jelas dilihat sekali untuk masyarakat khususnya di Malaysia ini mencontohi baik dari segi akhlak terhadap orang lain serta peranan masing-masing dalam mengekalkan kemanisan rumah tangga setelah berpuluh tahun melayari bahtera bersama.

Terdahulu, Raja Permaisuri Agong, Tuanku Azizah telah dimasyhurkan sebagai Ketua Perlembagaan (Canselor) UIAM sekaligus menjadi wanita pertama yang memegang jawatan tertinggi itu di dalam struktur organisasi pentadbiran universiti berkenaan.

Jelas sekali dilihat Baginda meneruskan legasi ayahandanya, Almarhum Paduka Ayahanda Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah, yang pertama memegang jawatan itu sejak penubuhan universiti tersebut pada 1983 selama 35 tahun lamanya.

Dengan ini, Permaisuri Yang di Pertuan Agong Tuanku Azizah memegang jatawan itu untuk tempoh selama lima tahun bermula 12 April yang lalu.

Rakaman Video Dibawah:

Sumber:transformasi

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab secara langsung ke atas komen-komen yang ditinggalkan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*