Rakaman terkini perkembangan misi pencarian Ashraf cuba dijadikan bahan kelakar warganet

Umum telah mengetahui tentang kehilangan seorang peserta acara sebuah larian Gopeng Ultra Trail iaitu Mohammad Ashraf Hassan atau lebih dikenali sebagai Acap di Bukit Batu Putih, Gopeng, Perak pada 23 Mac yang lalu.

Sejak dari hari beliau hilang misi menyelamat dan mencari dilakukan oleh pihak berkuasa dan juga orang awam.

Setelah beberapa hari pencarian, pihak berkuasa seakan akan buntu dalam misi pencarian ini kerana tidak berjaya menemui sebarang petanda.

Walaupun mereka bersama dengan orang orang awam serta pertubuhan perubatan ghaib dan mistik masih lagi tidak berputus asa dan meneruskan misi pencarian mereka.

Sejak dari itu, pelbagai kisah misteri dan juga pelbagai teori dikeluarkan.

Ada yang mengatakan bahawa Acap sebenarnya telah diculik oleh orang bunian dan yang lebih teruk mereka mengatakan bahawa dia telah pun berkahwin dengan salah seorang daripada bunian tersebut.

Pihak tersebut juga mendakwa bahawa sekiranya tidak dilakukan perundingan secara baik, Acap tidak akan dapat dikeluarkan dari alam bunian dengan selamat.

Ada beberapa pihak yang mendakwa bahawa mereka boleh mengeluarkan Acap secara paksaan tetapi tindakan itu akan mendatangkan kesan yang lebih teruk di mana Acap didakwa akan menjadi gilaa selepas 3 hari dikeluarkan secara paksa.

Memandangkan Acap telah pun berkahwin dengan bunian tersebut, maka untuk mengeluarkan beliau, seseorang perlulah menjadi pengganti untuk berkahwin dengan bunian itu.

Sebenarnya ini bukanlah pertama kali kita mendengar kisah tentang manusia diculik oleh bunian.

Sebelum ini negara kita pernah dikejutkan dengan kehilangan seorang pemuda di Bukit Broga, Selangor yang kemudiannya berjaya ditemui selepas 7 hari menghilang. Jom tengok hasil temubual beliau yang berkongsikan pengalamannya sepanjang berada di alam bunian.

Menurutnya, nasib baik dia masih ingat kepada ibu bapanya dan menolak permohonan untuk berkahwin dengan bunian tersebut. Maka datang seekor ular yang menyuruhnya mengikuti laluan cahaya untuk pulang ke alam asal.

Berlainan pula dengan kisah Acap ini yang mana ramai pihak mendakwa bahawa beliau telahpun berkahwin dengan bunian tersebut.

Sedih la jugak bila difikirkan. Yela, di alam manusia ni pun dia dah berkahwin dan memiliki seorang anak. Takkan la dia tergamak tinggalkan anak dan isterinya semata mata ingin berkahwin dengan bunian tersebut. Tak patut, tak patut.

Hari ini telah pun masuk hari ke 16  sejak Acap menghilang dan baru baru ini ada individu yang memuat naik rakaman pengamal perubatan alam ghaib ini sedang berinteraksi dengan sesuatu yang didakwa sebagai Acap. Jom kita saksikan.

Ashraf (Acap) telah dijumpai oleh pasukan Bomba, Polis, Ustaz dan Tentera sebentar tadi. Malangnya setelah dijumpa…

Posted by Rosak on Sunday, April 7, 2019

Nampak macam memang benar ada interaksi yang berlaku kan? Risau jugak admin tengok.

Ada pula sesetengah pihak yang tidak percaya dengan perkara ini lalu memuat naik komen berikut.

Tapi dalam kita semua risau dan mendoakan agar Acap berjaya ditemui dengan selamat, ada sesetengah pihak yang pada admin tidak bertanggungjawab dan tidak sensitif telah memuat naik post dan gambar yang mungkin mengecilkan hati banyak pihak terutamanya ahli keluarga Acap.

Ada yang memuat naik gambar sambil dibulatkan dengan warna merah serta caption, ada nampak tak? seakan akan mempersendakan kehilangan Acap.

Lebih menyedihkan, ada artis yang turut berbuat sedemikian. Tak tahu la kalau niat dia untuk memerlii warganet yang berbuat sebegitu.

Selain itu tak kurang pula, warganet yang cuba membuat komen yang pada mereka mungkin kelakar seperti mohon untuk digantikan Acap dengan individu individu lain  seperti berikut.

Pada admin tak wajar la kan benda benda sebegini dibuat main. Bajet bajet kelakar, tapi sebenarnya ada hati yang terguris.

Korang ada kenal tak mana mana kawan yang cuba nak buat kelakar camtu? Kasi tag dorang sikit.

Nak bergurau tu boleh, tapi biarlah bertempat dan menjaga sensitiviti orang lain. Kan lebih bagus kalau korang up komen atau status yang membina.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *