PU Syed Tampil Beri Teguran Pada Zul Ariffin Dan Intan Najuwa

Dengan penyebaran foto foto aksi yang mesra memperlihatkan pelakon Zul Ariffin memeluk dan mengangkat Intan Najuwa ketika sedang bermandi-manda di pantai telah menerima teguran dari Pencetus Ummah “PU Syed”.

PU Syed  menjelaskan tindakan yang dilakukan dua selebriti itu adalah bertentangan dengan syarak dan adalah lebih baik jika mereka berdua berkahwin secara halal.

” Teguran terbuka buat Zul Ariffin dan Intan Najuwa, tersebar dan tular di media sosial dengan gambar kalian berdua berpelukkan seakan suami isteri di dalam air. Ambe (saya) tak mahu kongsikan gambar tersebut kerana ianya adalah sangat tidak senonoh walau apa jua alasan.”

” Sebaiknya kalian bernikah sahaja  dan sudah pasti boleh lakukan apa sahaja secara halal namun tetap ada batasannya. Sebagai seorang Muslim, syarak ada menetapkan sesuatu yang halal dan haram apatah lagi kita semua mengatakan takut dihumban ke neraka dan inginkan masuk ke syurga.”

” Namun kita lakukan perkara yang sebaliknya, seolah-olah teringin benar ke neraka. Adakah terlalu murah perintah dan larangan Allah ini sehingga kalian berani melanggarnya? fikir-fikirkanlah!” katanya lagi.

PU Syed memuat naik teguran terhadap dua pelakon ini di Instagram.

PU Syed membuat teguran secara terbuka itu menerusi media sosial di laman Instagram miliknya pada Jumaat lalu.

Pada Khamis yang lalu, nama aktres Intan Najuwa sekali lagi menjadi perbualan hangat dari warganet di media sosial apabila beberapa keping foto adegan mesranya dengan pasangan gandingannya, Zul Ariffin tular di platfrom media sosial.

Foto foto tersebut mengundang pelbagai reaksi dari warganet dan berpendapat kelakuan itu tidak sesuai bagi wanita yang sudah berstatus tunang orang.

Dalam pada itu juga, PU Syed turut menyeru agar pihak berwajib untuk mengeluarkan satu garis panduan yang harus diikuti oleh golongan selebriti kini.

” Ambe (saya) rasa Menteri Agama dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) perlu membuat satu garis panduan.”

” Bahkan juga menggubal undang-undang khas membendung artis-artis yang menunjukkan gaya kehidupan yang negatif ini agar kembali kepada landasan yang sebenar. ”

” Takzir (hukuman) sangat baik ke atas mereka #AdeAmbeTakut,” ujarnya.

Aksi mesra dua pelakon ini telah menerima beberapa kecaman dari warganet.

 

Sampai sekarangi, usaha mStar hendak mendapatkan penjelasan dan kenyataan dari Intan atau nama sebenarnya Intan Najuwa Abdul Wahid 22, mengenai penyebaran foto tersebut masih lagi tidak berjaya.

Dah baca jangan lupa komen dan sharekan Yerr..Terima Kasih

Sumber: Mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*