PU Amin Minta Maaf Isu Bergambar Di Kubvr

Lanjutan kisah mengenai sesi fotografi yang di adakan di tanah perkuburan. Kini tampil Pencetus Ummah (PU) Amin tampil memohon maaf kepada rakan-rakan beragama Kriistian susulan tindakan pemilik butik pengantin yang menggunakan tanah perkubran agama itu sebagai lokasi sesi fotograf mereka.

Menerusi satu posting di media sosial yang telah dimuat naik kan di Instagramnya, PU Amin ternyata amat kecewa dengan sikap pemilik butik tersebut yang disifatkan sebagai ianya tidak menghormati agama lain yang ada di negara ini.


” Mazhab mana pulak bergambar pakai baju pengantin dekat kubur Kristian ni. Mungkin nak pr0mosi baju, mekap artis atau pakej kahwin atau sebagainya tapi macam mana boleh sampai ke kubr,” Jelas PU Amin.

PU Amin menjelaskan lagi, dia juga telah meminta pandangan dari rakannya yang beragama Kristian tentang isu tersebut.

” Mereka penganut agama Kriistian sendiri ada pakaian khas untuk mereka ke kubr tanda hormat mereka itu”

” Mereka juga amat kecewa bila ada orang ambil gambar dengan keadaan macam ni. Orang Kristian sendiri pun tahu adab dan cara bila mereka di kubur. Hormatlah agama orang lain, kalau mereka buat dekat kubur kita macam mana ?”

” Pada kawan-kawan Kristian saya minta maaf atas ketelanjuran ini. Ikutlah sabda nabi, tinggalkan benda pelik pelik,” katanya lagi.

Apibla menjengah ke ruang komen di laman sosial, rata-rata warganet turut mempersoalkan apakah tujuan utama untuk mereka memilih kawasan kubr berkenaan adalah sebagai lokasi penggambaran.

Sebelum ini, tindakan pemilik butik berkenaan telah mencetus kemarahan netizen dan rata-rata mereka menganggap perbuatan tersebut sebagai tidak menghormati tanah perkubran agama lain.

VIRAL Adoi pelik pelik lah zaman sekarang ni . Mazhab mana pulak bergambar pakai baju pengantin dekat kubur kristian ni..

Mungkin nak promot baju , mekap artis atau pakej kahwin , atau sebagainya tapi macam mana boleh sampai ke kubur ? Tak tahu nak gelak ke nak marah ke atau camne 🤣..

Untuk makluman semua lepas saya tanya dengan rakan rakan saya yang beragama kristian , mereka orang kristian sendiri ada pakaian khas untuk mereka ke kubur tanda hormat mereka..

Mereka juga kecewa bila ada orang ambil gambar macam ni. Orang kristian pun tahu adab dan cara bila di kubur . Dorang datang dan balik . Sambil fikir hal kematian. Kita pula boleh posing bergamba. Aneh tuan tuan . Aneh..

Hormatlah agama orang lain. Kalau dorang buat dekat kubur kita macam mana ? Pada kawan kawan kristian saya minta maaf atas ketelanjuran ini..

Ya Allah , apa sudah jadi dengan dunia . Macam macam cara marketing orang sekarang . Ikut lah sabda nabi ‘tinggalkan benda pelik pelik’ 😁..

Bak kata shuib sepahtu “peninggg arrrrr” 😩..

Susulan dari kejadian tersebut, individu telah pun memohon maaf di atas kesilapannya.

Dia turut memohon warganet agar tidak menyalahkan model yang berada dalam gambar tular tersebut.

P/S Pada pemelik butik tersebut, diharap sepelepas ini anda lebih peka lagi sebelum anda memulakan sesuatu promosi untuk perniagaan anda.

Sumber:gempak

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*