Power Betul Rakaman Video Syed Saddiq Dicabar Menyanyi Lagu Selena Gomez

Meskipun bukan seorang penyanyi tetapi ia tidak menghalang Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq menyahut cabaran menunjukkan bakat nyanyian secara lansung dalam Dbiliquebergandingan dengan hos popular, Fara Fauzana dan Faizal Ismail.

Disampaikan dengan santai dan menghiburkan, Saddiq ke konti mereka untuk segmen YB Masuk Bilik pada Rabu yang lepas (10 Oktober 2018).

Semasa ia bersiaran secara langsung, Saddiq dicabar untuk menyanyi beberapa buah lagu termasuk lagu hits dari Selena Gomez, Love You Like A Love Song.

Selain itu, Syed Saddiq turut menyanyikan beberapa buah lagu lain seperti, Gemuruh (Faizal Tahir) dan Mantera Semerah Padi (M.Nasir) bagi menyuntik semangat kepada para atlit diSukan Para Asia 2018 di Jakarta.

Boleh tahan juga sedap suara Syed Saddiq ni! Jom kita dengar.

Kehadiran Syed Saddiq semestinya menarik minat ramai penonton, ini telah dibuktikan apabila segmen ini telah mencapai 17 ribu tontonan selepas disiarkan di Facebook Faizal Ismail FBI.
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Video Penuh

Syed Saddiq Dicabar Menyanyi Lagu Selena Gomez. Ini Jadinya!

Syed Saddiq Dicabar Menyanyi Lagu Selena Gomez. Ini Jadinya!

Posted by Viral Kami Video on Wednesday, 10 October 2018

Kredit Video: Dblique

“Siapakah Syed Saddiq?” lantas menjawab, “Saya orang yang bangga menjadi anak Malaysia. Ini semua disebabkan semangat patriotisme telah dididik sejak bersekolah di Maktab Tentera Diraja (RMC). Setiap pelajar RMC akan ‘dibasuh’ supaya mencintai negara. Dan ternyata ia berjaya mengubah diri saya ke arah lebih baik.”

Sambung Syed Saddiq, “Saya berasal dari Johor Bahru dan baru habis jurusan Undang-Undang di Universiti Islam Antarabangsa (UIA). Dan kalau nak tahu, saya sangat kuat bekerja. Sama seperti ibu saya. Pada masa sama, saya melakukan lima kerja sambilan. Saya turut bergelar pensyarah sambilan dalam subjek pengucapan awam, penyelidik di Bait Al-Amanah dan pelatih debat untuk junior saya di UIA dan pasukan debat kebangsaan. Tapi sekarang, saya sedang memfokuskan terhadap pergerakan belia. Saya sedang giat menyertai mana-mana pergerakan atau organisasi berjuang secara aktif khusus isu-isu berkaitan belia. Dan tak lama lagi saya akan memperkenalkan landasan baru khusus golongan belia.”

Syed Saddiq memulakan alam persekolahan di Sekolah Kebangsaan Taman Perling, Johor Bahru dan kemudiannya meneruskan pengajian menengah di Maktab Sultan Abu Bakar (English College). “Saya bersekolah di sekolah sama dengan tempat ibu saya mengajar. Ibu saya bekerja sebagai guru Bahasa Inggeris di EC. Apa sahaja saya cuba lakukan di sekolah pasti akan diketahui ibu. Buat nakal sikit, pasti ibu tahu. Haha. Nak ada girlfriend pun susah!”

Setelah mendapat keputusan Peperiksaan Menengah Rendah (PMR), Syed Saddiq melanjutkan pengajian menengah di RMC. Biarpun terpaksa menempuh pelbagai bentuk cabaran sepanjang bersekolah di RMC, dia tetap menganggap pengalaman dua tahunnya di RMC antara paling bermakna dalam hidupnya. Ia juga telah mengubah dan membentuk dirinya hari ini.

What have you learned there?” “Dua perkara! Menjadi lebih tabah dan mudah rasa simpati terhadap sesuatu perkara. Kalau you jumpa saya lima tahun lalu, I was a completely different person.” “Beza yang bagaimana?” “I was a bigot. Yes, a bigot. Boleh bayangkan tak? Saya tersangat malu dengan diri saya terdahulu. Boleh dikatakan dengan semua orang, saya akan mengecam, menyakat dan diskriminasi mereka tanpa mengira perasaan. Tapi setelah bersekolah di RMC, barulah saya berubah. Kerana di situ saya dapat berjumpa dengan pelbagai jenis orang yang datang dari latar belakang berlainan. Pelbagai ragam, perwatakan dan seksualiti orang pernah saya kenali. Lantas, ia mengubah cara saya memandang orang lain. Acceptance juga saya belajar di sekolah tersebut.”

Seperti mana diketahui, RMC adalah institusi pendidikan yang amat mementingkan disiplin. Yang biasa kedengaran, setiap pelajar akan dilatih seperti tentera. Mungkin mencabar bagi sesetengah daripada kita, tetapi tidak buat Syed Saddiq. Ceritanya, “Seawal jam 4.30 pagi saya perlu bangun dan melakukan persiapan untuk keesokan hari. Selepas tamat sesi belajar, kami akan menghadiri sesi latihan tentera sampai waktu petang pula. Setelah terbiasa dengan rutin tersebut, ia sedikit sebanyak mendidik saya agar menjadi orang lebih tabah juga sabar. Tak takut akan cabaran. Sehinggalah hari ini, saya sudah terbiasa tak tidur lebih daripada lima jam. Kalau terlebih, saya akan rasa rugi dan amat bersalah.”

Tambah Syed Saddiq, arwah datuknya banyak mempengaruhi minatnya terhadap bidang tentera. Dan cintanya terhadap bidang tentera telah pun dipupuk sejak kecil. “I love everything about the military. Saya gemar membaca majalah-majalah tentang ketenteraan seperti Parajurit dan Tempuh.”

PENDEBAT TERBAIK ASIA
Cerita Syed Saddiq lagi, banyak pengalaman menyeronokkan dialaminya sepanjang menceburi bidang perdebatan. Antaranya, dia berpeluang mengembara ke 25 negara juga menerima layanan kelas pertama daripada pihak-pihak tertentu. “Atas tuntutan debat, saya berpeluang mengembara ke serata dunia. Dari situlah saya belajar banyak benda baru melalui pendekatan budaya dan berkenalan dengan penduduk di sana. Tentang layanan pula, tiada satu pun aduan. Tetapi, saya taklah suka dilayan berlebih-lebih. Cukup sekadar biasa-biasa sahaja.”

Syed Saddiq, anak kedua dari empat beradik, mendapat anugerah pendebat terbaik Asia semasa mewakili UIA dalam Kejohanan Debat Bersatu Asia (UADC) di Bali, Mei lalu. Malah, pasukan debatnya juga menempatkan universiti Islam itu di tempat ke-10 daripada 440 pasukan semasa Kejohanan Debat Universiti Dunia (WUDC) ke-35. Tahun ini telah menandakan lima tahun Syed Saddiq berkecimpung dalam dunia perdebatan. Lebih membanggakan, Syed Saddiq turut pernah meraih anugerah Pendebat Terbaik (ESL) di kejohanan Australasia, Cambridge dan Oxford Inter-varsities pada 2012-2014.

“Apakah perbezaan Syed Saddiq sekarang berbanding waktu awal menceburi debat?” “Banyak bezanya. Kalau nak ceritakan pun malu. Hanya ibu sahaja pernah menonton rakaman video pertama kali saya berdebat. Pada ketika itu, nampak sangat saya kurang pengetahuan dan fakta-fakta penting. Jadi, bagi ‘menutup’ kelemahan itu, saya sampaikan hujah-hujah debat dengan penuh keyakinan. Saya gemar tonjolkan keyakinan. Itulah cara saya!” Tanpa disangkal lagi, nama Syed Saddiq melonjak naik lebih-lebih lagi setelah dia dianugerahi gelaran pendebat terbaik sebanyak tiga kali. Dan secara tak langsung, ia menjadi batu loncatan buat Syed Saddiq dikenali ramai.

How do you feel now?” “Amat terharu. Terutamanya setalah saya meraih trofi Pendebat Terbaik Asia kali ketiga. Kerana dengan anugerah tersebut, tidak ada sesiapa lagi boleh memperkecilkan nama Malaysia. Atau mengatakan Malaysia itu lemah. Tapi tahun ini adalah tahun terakhir saya boleh mewakili UIA. Kerana Jun nanti saya akan habis belajar. Walau bagaimanapun, komuniti perdebatan antarabangsa telah menghubungi saya dan menawarkan posisi ketua juri di perlawanan debat akan datang. Dan ini bererti saya akan berhenti berdebat. Now I’m running the global debate scene. This is even better! Adanya anak Malaysia yang menggerakkan arena debat bertaraf antarabangsa. Pada saya, ia sangat membanggakan. Selepas perlantikan itu, saya akan ke Belanda dan beberapa negara lain untuk menghadiri perlawanan debat.”

Selain rajin mendapatkan fakta-fakta baru, Syed Saddiq turut menekankan bahawa persediaan awal juga aspek terpenting menjadi pendebat terbaik. Katanya, tak kira penat atau malas, melakukan kajian tentang sesuatu topik itu amat penting.
“Persiapan tak boleh last minute. Sekurang-kurangnya perlu sebulan lebih awal. Inilah yang selalu saya pesankan kepada junior debat saya. Jangan jadikan debat sekadar hobi, ia mestilah bertindak sebahagian daripada hidup anda. Sebab itulah, perlu berlatih setiap hari.”

Menurut Syed Saddiq, biarpun dia telah dianugerahi pelbagai gelaran dan anugerah besar, ia tidak bermakna dia perlu berlagak sombong. Merendah diri itu perlu dikuasai. “Saya masih kekal dengan saya seperti yang dulu, cuma lebih baik dari segi pemikiran dan pembawaan diri. Tapi jangan tak tahu, dunia perdebatan bisa membawa seseorang itu ke arah tak diingini. The dark side. Sebab apa, sekiranya seseorang pendebat itu telah lama berdebat dan banyak memenangi anugerah, ia ada kemungkinan cenderung ke arah tidak baik. Contohnya, akan mengubah diri menjadi bodoh sombong, angkuh, pemarah, tak boleh konfrontasi dengan orang lain dan sebagainya. Inilah yang saya tak mahu. Kena selalu ingat, debat bukan menghancurkan diri anda, sepatutnya mematangkan, mendewasakan dan menambahkan pengetahuan. Kalau tak tahu kawal diri atau kurang berjaga-jaga, ia bisa membinasakan diri anda. Trust meYou really don’t want to go to the dark side.” “Sampai begitu sekali ya?” “Benar. Terkadang-kadang perkara tak dijangka akan terjadi kepada diri anda disebabkan perdebatan. Seperti saya, saya akan sentiasa cuba kawal diri. Akan meminta kawan-kawan rapat menegur saya, sekiranya ada yang tak kena,” ujar Syed Saddiq lagi.

BERANI BERSUARA
Sepanjang berbual dengan Syed Saddiq, saya tak nampak dia seperti pelajar berumur 23 tahun yang biasa. Dia matang dan senang sekali diajak berbual juga bersungguh-sungguh meluahkan butir kata. Dalam perbualan kami, Syed Saddiq ada menyentuh tentang bangganya dia menjadi warga Malaysia. Tapi mengapa? “Mengapa sekarang Syed dilihat lebih gemar mengambil tahu tentang isu semasa di Malaysia berbanding dahulu?” Lantas Syed Saddiq meluahkan, “Sebab saya sedari saya adalah rakyat Malaysia. Bukan apa, sebelum ini saya terlalu sibuk berdebat tentang isu-isu di negara orang, tapi hal negara sendiri saya kurang ambil tahu. Dan pada saya, ia tiada makna sekiranya di negara sendiri pun saya tak ambil peduli.”
“Mungkin ada sebab tertentu? Alasan lebih peribadi?” tanya saya lagi. “Disebabkan selalu mengembara ke luar negara juga menjadi salah satu faktor utama. Misalnya, baru-baru ini saya ke Amerika dan berkesempatan melawat White House. Pelbagai reaksi saya tonjolkan kala melawat White House. Dan rasa sangat kagum dapat mendekatinya. Oleh itu, ia membuatkan saya terfikir, saya juga mahukan warga Amerika datang ke Malaysia dan melihat bangunan-bangunan ikonik di Malaysia dan mempunyai reaksi sama seperti saya. Saya mahu mereka kagum dengan Malaysia. Mungkin taklah sekarang, tapi 10 atau 20 tahun akan datang? I want people to know Malaysia!”

Sejak kebelakangan ini, Syed Saddiq gemar berkongsi pendapat tentang isu-isu semasa melalui status Facebook-nya. Seperti biasalah, ada sahaja netizen bersetuju juga tidak berpuas hati dengan pendapatnya. Tapi padanya, itu tidak penting. Yang penting adalah keberanian bersuara.

“Sebenarnya, saya mengambil masa agak lama sama ada nak menulis status di Facebook atau pun tidak. Kerana saya perlu fikir apakah kemungkinan akan terjadi kepada saya kelak? Apakah saya akan dibuang Universiti? Diancam orang? Atau kehilangan kawan kerana tidak sefahaman? Semua itu adalah risiko besar bagi saya. Dan saya jenis berani mengambil risiko. Kalau nak tahu, disebabkan keberanian saya bersuaralah, saya banyak terlepas peluang. Pernah juga saya menerima ugutan bunuh dan ahli keluarga saya diancam.You can attack me but not my mother, especially. Tak lama kemudian, saya sedari walaupun kita punya pandangan berlainan tetapi pada akhirnya kita memperjuangkan perkara sama iaitu kebebasan hak untuk bersuara.”

“Sebelum berleluasanya penggunaan media sosial lagi, saya sudah mencari cara untuk bersuara. Sebelum ini, saya pernah mengusulkan kepada beberapa menteri di Malaysia termasuk MB Khaled Nordin dan YB Khairy Jamaluddin untuk tampil ke hadapan dan suarakan yang sebenarnya. Pernah juga saya bertemu Tan Sri Dato’ Muhyiddin Yassin untuk melakukan perkara sama. I tried my best to do something. Sebanyak 90 peratus gagal dan selebihnya bersependapat dengan saya. Walaupun sedikit, tetapi ia amat bermakna buat saya,” tutur penerima Anugerah Perdana Belia ini.

Dengan usaha dan ketegasan Syed Saddiq ingin memperjuangkan hak bersuara di Malaysia, saya kira dia sedang menginovasikan sesuatu. Hasilnya belum dilihat lagi tetapi pasti mendatangkan yang positif sahaja. “Apakah Syed Saddiq menganggap diri sebagai inovator masa kini?” “Sekiranya, usaha saya mahu membentuk konsep dan memperjuangkan hak bersuara itu dikira menginovasikan sesuatu, maka saya selayaknya digelar inovator.”

Berhubung dengan isu Syed Saddiq ‘sekolahkan’ Nurulhidayah Zahid baru-baru ini, katanya, dia bukanlah berniat mahu mengecam atau mengkritik pendapat Nurulhidayah. Dia cuma mahu memperbetulkan sedikit sebanyak tentang luahan Nurulhidayah. Padanya, walaupun dia tidak setuju dengan kenyataan Nurul Hidayah, namun ia tidak bermakna Nurul Hidayah tidak berhak untuk bersuara. Tambahan pula, hak bersuara adalah yang sedang diperjuangkan Syed Saddiq sendiri.
Klik Video Penuh Dibawah :

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @lubokviral.com

Sumber: KL MENJERIT / glamlelaki.my / kakihavoc

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *