Persandingan dulu penuh air mata, Fazley mahu naik pelamin lagi

Fazley mendirikan rumah tangga dengan Azrene pada 13 tahun lalu.

PENYANYI dan chef selebriti Datuk Fazley Yaakob meluahkan hasrat kepada isterinya Datin Azrene Soraya Abdul Aziz untuk bersanding kembali selepas 13 tahun mendirikan rumah tangga.Fazley, 40, berkata, ia berikutan terlalu banyak kisah pilu dan menyedihkan yang terjadi ketika usaha mereka untuk membina masjid tidak lama dulu itu.

“Mungkin kami tak ingat kerana terlalu banyak kisah pilu, tekanan, ketakutan dan halangan demi halangan untuk kami bersanding.

“Dari hari pernikahan sehinggalah hari persandingan kami, penuh dengan titisan air mata keperitan dan kepedihan di sebalik usaha kami untuk membina masjid berlandaskan cinta sejati.

Video dimuat naik Fazley pada Isnin.

Fazley dan Azrene berkahwin pada 2007 dan perkahwinan itu penuh kontroversi apabila ibu Azreen iaitu Datin Seri Rosmah Mansor tidak merestuinya.

Azrena adalah anak Rosmah, hasil perkahwinan dengan suami terdahulu iaitu Abdul Aziz Nong Chik.

Fazley berkata, dia mahu persandingan kali ini lebih bebas dan dia boleh menjemput rakan-rakan yang tidak diboleh dijemput ketika itu.

“Saya berseloroh dengan adik sayang saya, saya tanya dia “Adik, jom kita bersanding semula nak? Supaya kali ni kita bebas bersanding dan bolehlah jemput semula semua orang yang tak dapat hadir satu ketika dahulu.

“Tak ada lagi tetamu yang ditoreh kereta kerana menghadiri majlis kita, tidak ada lagi rakan-rakan media yang takut untuk hadir ke majlis kita,” tulisnya.

Fazley dan Azrene dikurniakan empat cahaya mata iaitu Ahmad Fariedz Shah, 9, Ahmad Fieradz Shah, 8, Ahmad Firudz Shah, 6 dan Alayna Selma yang kini berusia tujuh bulan.

Sumber: Mstar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *