Pengusaha Gerai No 6 R&R Gambang Menangis Kontrak Ditamatkan

Selepas didapati bersalah melanggar syarat yang telah ditetapkan, Syarikat konsesi Lebuh­raya Kuala Lumpur Karak (KLK) dan Lebuhraya Pantai Timur 1 (LPT1), ANIH Berhad bertindak menamatkan kontrak pemilik kedai nombor enam di kawasan Rehat dan Rawat (R&R Gambang) arah timur yang terbabit kes me mukul pemandu bas ekspress pada 24 Disember lalu.

Pengurus Besar Kanan, Ketua ANIH Berhad RadzimanMohd Radzi berkata, keputusan itu diambil setelah siasatan dalaman dijalankan pihaknya selain mengambil kira hukuman den da yang dikenakan terhadap enam lelaki di Mah kamah Majis tret Kuantan, Isnin lalu.

Pengurus Besar Kanan Anih, Radzimah Mohd. Radzi berkata, surat penamatan kontrak itu dihantar kepada pengendali gerai berkenaan pada Isnin lalu yang menyatakan keputusan syarikat konsesi tersebut.

“Kita tidak berkompromi dan bertindak tegas dengan pengendali gerai melakukan salah laku yang bertentangan dengan kontrak,” katanya dalam taklimat media susulan isu perga duhan berkenaan di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 1.30 pagi pada 24 Disember lalu, seorang lelaki dipercayai pemandu bas ekpres dibe|asah sekurang-kurangnya oleh enam lelaki.

Siasatan awal polis mendapati salah faham dan provokasi ketika mangsa membeli makanan di salah sebuah gerai di R&R terbabit sebagai punca kejadian.

Video kejadian berdurasi 1 minit 49 saat berkenaan juga tular dalam media sosial.

Isnin lepas, Mahka mah Majis tret di sini menjatuhkan hukuman den da RM2,000 terhadap enam lelaki selepas mengaku bersalah atas pertuduhan mem ukul pemandu bas dalam kejadian tersebut.

Menurut Radzimah, insiden perga duhan yang melibatkan pekerja di gerai tersebut dengan pemandu bas adalah kes terpencil namun memberi impak besar terhadap urusan perniagaan di R&R Gambang Timur dan R&R Gambang Barat.

“Implikasi daripada perga duhan yang pertama sejak 12 tahun Lebuhraya Pantai Tmur (LPT)  beroperasi menjejaskan pendapatan pengendali-pengedali gerai di situ sehingga 50 peratus,” katanya.

Disebabkan kerana seorang peniaga, hampir semua peniaga di kedua-dua R&R Gambang terjejas sehingga mereka mengalami kemerosotan perniagaan yang teruk.

Berdasarkan kepada pertemuannya dengan hampir kesemua peniaga disitu, kita dapat membincangkan permasalahan ini dan pencari penyelesaian bagi kita pulihkan keadaan yang berlaku sekarang.

Menurud Radziman lagi, beliau bercadang untuk memasang kamera litar tertutup (CCTV) dalam masa terdekat di semua R&R dibawah kendalian mereka agar dapat meningkatkan keselamatan disamping membuat pemantauan supaya kejadian yang serupa tidak lagi berulang dimasa akan datang.

R&R Gambang Lengang Selepas Kes Tular

Tular di media sosial beberapa keping gambar yang dikongsi oleh seseorang tentang keadaan terkini RNR Gambang. Gambar gambar ini kemudian dikongsi oleh salah sebuah laman facebook popular Info Roadblock JPJ/POLIS.

Disebabkan salah faham dan maklumat yg mengelirukan akhirnya R&R Gambang(barat)menghala ke KL lengang tanpa pengunjung akibat kempen boikot yg di buat oleh pengusaha bas expres serta pengguna lebuhraya.

Berkenaan kes pukul pemandu bas Sani Ekspress yg berlaku di R&R Gambang(timur) menghala ke Terengganu masih dlm siasatan Polis dan para pelaku telah pun direman dan gerai terbabit telah pun di tutup.

Para peniaga lain antara yg terjejas teruk akibat kempen terbabit.

“Jangan kerana 1 rumah buat salah, 1 Kampung dihukum bersalah.”

Sememangnya kuasa viral netizen amat merbahaya ..

Antara komen komen netizen

Lanun Rimba “masa aku kje kdai mkn dulu..semua driver bas mkn free satu sen pn tk bayar..siap bagi rokok lagi….sya pnya bos..betul2 jaga driver bas..tk nk bagi driver bas berhenti tpt lain.. cuba kau fikir satu bas 40org mkn .tk kn dua org driver ko tk blh bagi mkn free”

Scani Davia “Kami pemandu & pengusaha bas akan berhenti di R&R Gambang apabila pemilik gerai no 6 di gantikan dengan pengusaha baru.”

Nasir Bakar “Sepatutnya gerai2 ni jaga driver2 bas ni. Dia secara langsung menolong peniaga dgn membawa pelanggan2.  Yg konsisten makan kat situ bas express la…  Ambil pengajaran la…. buatlah statement minta maaf…. tak salah”

Menangislah owner gerai no 6 tu.

Sape suruh ikut perasaan sangat..kan dah kena tamatkan kontrak.

LubokViral

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *