Pendandan rambut mahu orang tahu sikap baik Fathia, tak sangka pula kena kecam

Fathia bersama Ridzokumura hadir dimajlis tersebut.

PENDANDAN rambut yang hanya mahu di kenali sebagai Ridzokumura mengakui berasa ber salah apabila video Fathia sedang bersolat dalam kereta nya menjadi tular kerana perbuatan nya berkongsi rakaman itu.Ridzokumura berkata, dia tidak berniat untuk menjadikan pelakon berkenaan sebagai bahan kecaman, sebalik nya ingin berkongsi kebaikan yang tidak diketahui masyarakat tentang wanita itu.

“Dia tidak tahu tentang video yang saya muat naik petang semalam (Rabu) menjadi tular di Internet. Dia sendiri terkejut bila ditanya wartawan semalam (Rabu).

“Saya pula rasa ber salah dan kasihan dekat dia terus menjadi bahan perbualan di media sosial,” ujarnya kepada mStar Online, Khamis.

Pemilik salun rambut Ridzokumura yang juga teman Fathia itu diminta penjelasan tujuan dia memuat naik video berkenaan yang mencetus kan pertikaian dalam kalangan netizen.

Katanya, sebagai seorang kawan, dia berasa kagum dengan aktres berkenaan yang tidak meninggal kan ibadah wajib itu di mana sahaja.

Dia berkawan rapat dengan pelakon Ariana Rose sejak tujuh tahun lalu.

“Saya hanya ingin berkongsi dengan pengikut laman sosial saya tentang Fathia yang orang luar tidak tahu. Dia seorang budak yang baik.

image: http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/2018/04/27/fathia-ridzokumura/~/media/566ce0a9ccbb423b854d3e072ee1ca1b.ashx?h=600&la=en&w=400

Dia lebih banyak tahu tentang agama dan keluarga dia juga orang yang baik-baik. Sejujur nya saya sendiri kurang ilmu berkaitan agama berbanding dia.

“Sebab itu saya kagum sangat dan ingin buka mata orang luar tentang diri Fathia tidak seperti mana orang lain fikirkan,” ujarnya.

Sementara itu, Ridzokumura mencerita kan situasi bahawa dia dan Fathia dalam perjalanan ke majlis pertunjukan fesyen dan mengejar waktu Asar yang sudah semakin habis.

Katanya, mereka juga terperangkap di Lebuhraya Persekutuan akibat kesesakan lalu lintas sehingga membuat kan aktres itu terpaksa bersolat di dalam keretanya.

“Kami dari Subang ke Kuala Lumpur dan waktu Asar ketika itu sudah nak habis dan kami masih berada dalam kesesakan lalu lintas di Lebuhraya Persekutuan,” ujarnya.

image: http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/2018/04/27/fathia-ridzokumura/~/media/184baafec86c44f2b56eb22374f52792.ashx?h=600&la=en&w=493


Bukan sahaja Fathia, Ridzokumura banyak menjadi pendandan rambut kepada selebriti lain. Gambar di atas ialah Ridzokumura

bersama Haiza. FOTO: Instagram Ridzokumura.

Sebelum ini, video pelakon Fathia Latiff sedang bersolat di dalam kereta menjadi perbualan hangat netizen.

Fathia menjelaskan solat yang dilakukan di dalam kereta adalah urusannya dengan Allah dan tidak menyedari perbuatan itu dirakamkan oleh rakan nya.

“Saya kerja kan solat kerana Allah bukan kerana manusia. Maaf saya tidak tahu aksi saya dirakam,” katanya.

Sumber: Mstar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *