Pemandu Siap Ber Doa Dalam Hati JanganIah Break Down

MeNaiki bas, makan durian tepi jalan, berhenti makan mee bandung di gerai, sebut apa sahaja semua perkara yang rakyat kebiasaan lakukan, baginda pernah rasai semua itu juga.

Baru baru ini, Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah hari ini sekali lagi telah mencuri tumpuan rakyat apabila baginda berkenan mencemar duli dengan menaiki tren KLIA Ekspres untuk ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dari KL Sentral.

Di Dalam catatan di laman Instagram rasmi Istana Negara, Tunku Azizah dijadual berangkat ke India bagi menerima persembahan Anugerah Kraf Antarabangsa yang akan berlangsung di New Delhi, pada hari esok.

Satu komen dilihat di media sosial yang ditinggal kan oleh netizen,,,

” Saya pernah membawa Tuanku dulu ke KLIA, saya driver train ERL masa itu, dalam hati ‘janganlah break down train on the way ke klia’ nervous giler..(masa tu Tuanku berpakaian serba putih)”

Demikian komen seorang warganet yang berkongsi pengalaman beliau sewaktu permaisuri kesayangan rakyat Malaysia ini menaiki tren ke KLIA.

” Merafak sembah tahniah Seri Paduka Baginda Tuanku. Daulat Tuanku,” menurut catatan di laman itu yang turut menyertakan empat foto Tunku Azizah yang antara lain mempamerkan baginda kelihatan ceria ketika berada di dalam tren tersebut.

Dengan ada nya perkongsian itu ia telah mendapat lebih 20,000 likes dengan netizen menyatakan kekaguman terhadap sikap merendah diri Raja Permaisuri Agong di ruangan komen laman Instagram itu.

Berikut adalah perkongsian yang dimuatnaik oleh akaun Instagram Istana Negara

” KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong hari ini berkenan berangkat menggunakan KLIAEkspres ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur dari KL Sentral.”

” Seri Paduka Baginda Tuanku dijadual berangkat ke negara India bagi menerima persembahan Anugerah Kraf Antarabangsa yang akan berlangsung di New Delhi pada 7 Disember 2019. Merafak sembah tahniah Seri Paduka Baginda Tuanku.”

” Daulat Tuanku…..”

Sementara itu seorang pengguna Instagram Aidahmustafa berkata: “ Rasanya ini lah pertama kali kot seorang yang bergelar Raja Permaisuri Agong naik ERL. So humble. Daulat Tuanku.”

Pemilik akaun bernama ana_razak pula menulis : “ Daulat Tuanku love u my Queen..!!”.

Sementara seorang lagi pengguna Instagram Nasaruddinsharani mencoretkan: Ya Allah mulianya hati tuanku boleh naik tren jer.. ‘simple’ hidup tuanku, saya bagi 100 bintang daulat tuanku!!.

” Permaisuri sentiasa cantik. suka sngat tgk, daulat tuanku semoga selamat smpai ke destinasi.” komen Eina

Sebelum ini juga Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah telah turut mencuri tumpuan apabila berkenan mencemar duli menaiki bas untuk melihat keseluruhan kampus Universiti Islam Antarabangsa (UIAM) Gombak sempena Kunjungan DiRaja tempoh hari.

Sumber:malaysiaunited

PERHATIAN: Pihak admin lubokviral tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang telah ditinggalkan oleh pembaca kami. Pastikan anda berfikir panjang dan waras terlebih dahulu sebelum menulis/ meninggalkan komen komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk pantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*